Anda di sini

Aliran keluar bersih asing berkurangan bawah RM1 bilion minggu lepas

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jualan bersih asing di Bursa Malaysia susut kepada RM631.9 juta pada minggu lepas, menandakan kali pertama dalam tempoh lima minggu bahawa dana antarabangsa melupuskan ekuiti tempatan di bawah paras RM1.0 bilion, kata MIDF.

Berbanding dengan enam pautan Asia lain yang dipantau oleh MIDF, Malaysia mempunyai aliran keluar bersih asing yang ketiga pa-ling rendah dari tahun ke tarikh (YTD) pada RM7.63 bilion.

“Pada Isnin minggu lepas, aliran keluar bersih asing Malaysia dicatatkan pada RM244.2 juta, mengheret bursa tempatan 3.3 peratus lebih rendah kepada 1,259.9 mata.

“Sentimen pasaran melembap selepas perbincangan mengenai pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS) menghadapi tentangan daripada Senat Demokrat” katanya dalam satu nota semalam.

Jualan bersih asing jatuh lebih daripada separuh kepada RM116.5 juta pada hari Selasa disebabkan pemulihan dalam selera risiko Asia berikutan rancangan Rizab Persekutuan AS untuk membeli bon perbendaharaan yang tidak terhad bagi memastikan kos pinjaman terus rendah.

Pada Rabu lepas, jualan bersih asing turun lebih jauh kepada RM81.6 juta selepas tawaran Presiden Donald Trump dengan Senat AS mengenai pakej rangsangan yang paling bersejarah, se-hingga melampaui pelanjutan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, ia me-ningkat lebih tinggi kepada RM91.3 juta pada keesokkan harinya, susulan lonjakan kes positif COVID-19 kepada 2,031 dan meningkat kepada RM98.35 juta pada Jumaat, apabila kadar pe-ngangguran AS naik kepada 3.3 juta, mendedahkan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun, bursa tempatan naik 1.1 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi selama dua minggu iaitu 1,343.1 mata, apabila pelabur menerima pakej rangsangan RM250 bilion seperti yang diumumkan oleh kerajaan,” kata MIDF.

Dari segi penyertaan, purata nilai urus niaga harian pelabur asing turun sebanyak 41.9 peratus kepada RM1.20 bilion, yang masih dianggap normal.

Sementara itu, katanya, Axiata Group Bhd mencatat-kan aliran masuk bersih ter-tinggi sebanyak RM6.85 juta pada minggu lepas berikutan sahamnya menokok 5.62 peratus.

Ini diikuti Public Bank Bhd dengan kemasukan wang bersih sebanyak RM2.74 juta susukan kenaikan 13.25 peratus sahamnya, dan IOI Corporation Bhd dengan aliran masuk berjumlah RM2.47 juta selepas harga sahamnya meningkat 5.98 peratus. — Bernama

Advertisement