Anda di sini

RSF: Algeria tahan wartawan, halang kebebasan media

Advertisement

ALGIERS: Seorang wartawan Algeria ditangkap kelmarin, menurut kumpulan kebebasan media ‘Reporters Without Borders (RSF)’, menuduh kerajaan negara itu menggunakan krisis wabak COVID-19 untuk menghalang media bebas.

Khaled Drareni, yang berkhidmat sebagai kores-ponden RSF di Algeria, pernah ditangkap beberapa kali kerana membuat liputan mengenai bantahan anti-kerajaan “Hirak” yang diada-                                                kan di ibu negara Algiers pada setiap Jumaat sejak Februari 2019 sehingga ia dihentikan pada minggu lepas.

“Pada petang ini Algeria telah menahan koresponden kami, Khaled Drareni,” menurut akaun Twitter RSF di Afrika Utara kelmarin.

Ia turut membidas “penggunaan COVID-19 tanpa rasa malu oleh rejim Algeria untuk menyelesaikan perbalahan dengan pihak kewartawanan bebas.”

Kumpulan hak tahanan CNLD menyatakan Drareni telah dibawa ke sebuah balai polis dan berdepan pertuduhan semalam.

Dia ditahan pada 7 Mac ketika membuat liputan mengenai  bantahan “Hirak”, dituduh “menghasut perhimpunan tanpa senjata dan menjejaskan integriti nasional”. Dia kemudian dibebaskan pada 10 Mac.

Bantahan mingguan “Hirak” telah dihentikan akibat CO-VID-19, yang mengorbankan 26 orang dan menjangkiti 409 di Algeria, menurut jumlah rasmi.

Bagaimanapun mahkamah telah meneruskan tugas mereka, dengan Karim Tabbou – tokoh utama dalam bantahan antikerajaan yang menggegarkan negara Afrika Utara – dijatuhkan hukuman penjara selama setahun pada Selasa lepas.

Kumpulan hak asasi berkata beberapa orang yang dikaitkan dengan pergera-kan bantahan masih berada dalam tahanan, walaupun jumlah sebenar adalah su-kar untuk diketahui dise-babkan oleh penangkapan semula. — AFP

Advertisement