Anda di sini

Kapal hospital tentera laut AS tiba di Los Angeles

Advertisement
 Kapal hospital tentera laut AS, Mercy, tiba di Port of Los Angeles kelmarin untuk membantu mengurangkan bebanan ke atas bilik kecemasan di hospital di Los Angeles yang dipenuhi dengan pesakit COVID-19. — Gambar AFP
HOSPITAL TERAPUNG: Kapal hospital tentera laut AS, Mercy, tiba di Port of Los Angeles kelmarin untuk membantu mengurangkan bebanan ke atas bilik kecemasan di hospital di Los Angeles yang dipenuhi dengan pesakit COVID-19. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Sebuah kapal hospital tentera laut Amerika Syarikat (AS) tiba di Los Angeles kelmarin, di mana ia akan digunakan untuk mengurangkan bebanan ke atas bilik kecemasan di hospital di bandar raya itu  yang dipenuhi dengan pesakit COVID-19.

USNS Mercy, yang berlabuh di Port of Los Angeles, akan segera menjadi hospital terbesar di bandar raya de-ngan memiliki 1,000 katil.

Ia tidak akan menerima pesakit COVID-19, namun sebaliknya menerima pesakit dengan pelbagai bentuk masalah lain atau kecederaan dalam langkah untuk memberi ruang di dalam fasiliti di darat.

Kapal Mercy sepanjang 894 kaki (272-meter), sebuah kapal tangki minyak yang diubah suai, memiliki 15 wad pesakit dan kapasiti bank darah sebanyak 5,000 unit.

Gabenor Gavin Newsom, bercakap ketika sidang media bersama dengan datuk Bandar Eric Garcetti selepas melawat kapal, menyatakan kapal tersebut akan memainkan peranan penting ketika California berdepan dengan peningkatan dalam jangkitan COVID-19 yang akan memerlukan 50,000 katil hospital di seluruh negeri dalam tempoh enam hingga 10 minggu akan datang.

Los Angeles sedang “dalam laluan dalam masa seminggu akan berada dalam keadaan New York sekarang,” kata beliau, merujuk kepada bandar raya paling ramai penduduk di AS yang mecatatkan hampir separuh daripada lebih 100,000 kes COVID-19 di AS.

Pihak berkuasa California telah melobi dengan tegasnya untuk kapal itu datang ke Los Angeles, mengatasi satu tuntutan lain daripada negeri barat laut Washington yang juga teruk terjejas namun kurang kepadatan penduduknya.

Menurut satu pengesan yang dikendalikan oleh Johns Hopkins University, California mempunyai lebih 4,000 kes COVID-19 yang disahkan, dengan 90 kematian.

Los Angeles sahaja me-laporkan sembilan kematian dan lebih dari 400 kes baharu pada Khamis lepas.

Di seluruh negara, terdapat 1,544 kematian.

Kehadiran kapal Mercy mendahului laluan bagi kapal lain, Comfort, ke New York. — AFP

Advertisement