Anda di sini

DJ D-Nice anjur parti tarian Instagram selama 10 jam

Advertisement
 

HANYA kerana pandemik sedang berlaku, tidak bermakna parti perlu dihentikan. Dan seorang deejay telah meneruskannya – selama 10 jam pada satu masa.

Koronavirus itu telah menterbalikkan kehidupan harian, dengan ribuan kematian di seluruh dunia. Ramai orang duduk di rumah dalam usaha untuk membendung penularan yang begitu cepat sekali.

Deejay selebriti D-Nice sudah mula menganjurkan parti tarian maya dalam saluran Instagram Live dalam usaha untuk mengangkat semangat pada waktu orang mengasingkan diri berhubung krisis koronavirus.

Ramai rakannya dalam senarai A – termasuk Rihanna, Common dan John Legend – telah membuat penampilan sebagai tetamu hasil ciri ‘split’ Instagram Live, yang membolehkan dua orang muncul dalam skrin ‘split’.  

Pada Rabu minggu lepas, D-Nice menca-tatkan dalam Instagram bahawa dia akan menganjurkan ‘Home School’, sebuah “parti tarian penjarakan sosial”.

Dia memasang piring putarnya di dalam dapurnya dan menjemput 950,000 pengikutnya untuk mengikutinya dan menari bersama.

Apa yang menyusul adalah parti selama sembilan jam yang memaparkan penampilan tetamu oleh selebriti seperti LL Cool J, Mary J Blige, Naomi Campbell dan Lena Waithe.

“Saya tidak dapat percaya bahawa saya telah memulakan parti tarian penjarakan sosial Home School hanya empat hari lalu dan ia sudah menjadi tempat bagi kami untuk sama-sama menari secara maya dan terus berhubung,” tulis D-Nice dalam satu catatan Instagram pada Khamis lepas.

“Dari dapur saya, saya dapat menghantar getaran positif kepada setiap daripada anda.”

D-Nice, yang mula-mula memasuki dunia muzik pada tahun 1980an sebagai anggota kumpulan hip-hop Bronx, BDP, sudah mula menganjurkan parti tarian setiap malam di dapurnya, secara rasmi digelar ‘Club Quarantine’.

Lebih 100,000 orang mengikutinya untuk perayaannya pada Sabtu, yang bersiaran selama 10 jam dan menyaksikan penampilan oleh bekas wanita pertama, Michelle Obama, calon-calon presiden Joe Biden dan Bernie Sanders, dan pemuzik Diddy – yang turut menghantar sebotol vodka Ciroc, di mana Diddy memiliki pegangan, kepada deejay itu, sewaktu set siaran.

Parti itu juga termasuk ucapan terima kasih kepada pekerja penjagaan kesihatan yang memerangi koronavirus.

“Homeschool sudah menjadi sesuatu yang menarik!” kata D-Nice dalam satu catatan. “Ini adalah satu cara yang hebat untuk sentiasa menaikkan semangat kita.”

Chasten Buttigieg, yang berkahwin dengan bekas calon presiden, Pete Buttigieg, bersetuju.

“Terima kasih bagi parti tarian semalam @djdnice,” Chasten menciap pada pagi Ahad.

“Pijama diterima, tidak ada orang untuk menilai gerakan tarian saya, semua snek yang saya suka – sejujurnya kita harus melakukan ini dengan lebih kerap.”

D-Nice hanya nampak terlalu gembira untuk memenuhi permintaan: kelas bersambung pada Ahad malam. — AFP

Advertisement