Anda di sini

Remaja usia 16 tahun korban paling muda COVID-19 di Perancis

Advertisement

PARIS: Ibu kepada mangsa COVID-19 paling muda di Perancis telah bercakap mengenai kehilangan yang “tidak tertanggung” bagi anak perempuannya ber-usia 16 tahun, ketika negara melaporkan angka harian tertingginya akibat pandemik tersebut.

Pihak berkuasa Perancis menyatakan kelmarin bahawa 365 orang telah terkorban akibat COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah peringkat negara bagi mereka yang telah meninggal dunia di hospital kepada 1,696.

Jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang telah meninggal dunia akibat virus di rumah atau di rumah persaraan, pegawai kanan kesihatan Perancis Jerome Salomon memberitahu wartawan.

Gadis remaja bernama Julie A meninggal dunia di Paris, menjadi mangsa paling muda di Perancis yang se-lalunya lebih membahayakan golongan tua atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

“Ia adalah sangat tidak tertanggung,” ibu gadis tersebut Sabine memberitahu AFP melalui panggilan telefon dari kediamannya di subbandar Parisian. “Kami mengharap-kan satu kehidupan yang biasa.”

Seminggu lepas, Julie telah mengalami batuk ringan namun pada Sabtu lepas beliau mula mengalami kesukaran bernafas, jelas ibunya.

Beliau menjalani ujian imbasan di hospital  dan beberapa ujian bagi jangkitan COVID-19. Penyakit itu mula dikesan di China pada lewat tahun lepas dan se-karang telah mengorbankan lebih 23,000 orang di seluruh dunia.

Keadaan beliau men-jadi bertambah buruk dan kematiannya diumumkan kelmarin, dengan pegawai kesihatan menegaskan bahawa kes teruk adalah sangat jarang  di kalangan golongan muda.

“Sejak mula, kami telah dimaklumkan bahawa virus tidak menjejaskan golongan muda. Kami mempercayai-nya, seperti mana orang lain,” kata Sabine. Anak gadisnya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang dikenal pasti.

Perancis telah berada dalam perintah berkurung sejak 17 Mac dalam satu usaha untuk memperlahankan penyebaran epidemik dan pihak berkuasa telah beberapa kali memberikan amaran ia akan mengambil masa bagi langkah-langkah tersebut untuk membuahkan hasil.

Salomon berkata 29,155 orang telah diuji sebagai positif bagi virus itu setakat ini di seluruh negara – menambah bahawa angka sebenar bagi kes adalah kemungkinan jauh lebih tinggi ketika pemeriksaan adalah lebih kepada pesakit yang berisiko tinggi.

Beliau menyatakan 3,375 pesakit sekarang berada di unit rawatan rapi daripada hampir 14,000 yang dima-sukkan ke hospital selepas dijangkiti.

Data menunjukkan 42,000 orang telah didaftarkan oleh GP mereka sebagai mempunyai COVID-19 sepanjang minggu lepas sahaja, tambah Salomon – sekali lagi mendedahkan bahawa pemeriksaan di Perancis hanya menunjukkan sedikit kes.

Penduduk di negara  itu hanya dibenarkan keluar untuk perkara yang penting, seperti membeli barang-barang keperluan.

“Ia adalah sangat sukar untuk menganggarkan bila tahap kemuncak akan sampai... orang yang sedang sakit telah dijangkiti sebelum pengasingan bermula,”  jelas Salomon.

“Sekarang terdapat kurang kontak, penduduk yang keluar juga kurang dan kurang dijangkiti. Maka kami berharap terdapat semakin kurang orang yang jatuh sakit pada minggu hadapan,” tambahnya.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau telah mengadakan “perbincangan yang sa-ngat baik” dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pandemik tersebut.

“Sebagai respons kepada krisis COVID-19, kami bersama dengan negara-negara lain akan menyediakan satu inisiatif baharu yang kukuh dalam masa beberapa hari akan datang,” katanya pada awal semalam, tanpa pen-jelasan lanjut.

Evakuasi kereta api yang pertama melihat 20 pesakit COVID-19 dipindahkan dari bahagian timur yang teruk terjejas di negara itu untuk membantu mengurangkan kesesakan hospital.

Kereta api berkelajuan tinggi, yang gerabaknya telah diubah suai menjadi beberapa unit rawatan rapi, membawa kumpulan tersebut ke pantai barat Atlantik di mana mereka akan menerima rawatan.

Pemindahan lain telah dirancangkan semalam, kali ini melalui udara. — AFP

Advertisement