Anda di sini

MPS gesa pengusaha stesen minyak sediakan sanitizer untuk pengguna 

Advertisement
WONG FOO TIN
WONG FOO TIN

SANDAKAN: Pengusaha  dan operator stesen minyak di daerah ini digesa menyediakan sanitizer kepada pengguna atau pengunjung stesen minyak bagi pencegahan penularan wabak COVID-19.

Presiden Majlis Perbandaran (MPS) Sandakan, Wong Foo Tin berkata MPS telah menerima banyak aduan mengenai kegagalan stesen minyak menyediakan hand sanitizer kepada pengguna di pam-pam stesen minyak. 

“Bagi mempastikan kawalan ke atas penularan wabak covid-19 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, semua operator stesen minyak adalah diminta untuk menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan setiap pengguna selepas mereka membuat layanan diri di pam-pam stesen minyak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Walaubagaimanapun, beliau berkata semua pengusaha stesen minyak adalah digalakkan untuk menyediakan seorang pembantu pengendali pam bagi membantu pelanggan untuk membuat pembelian minyak (mengendali pam minyak).

“Ini sudah tentu akan mengurangkan sentuhan langsung setiap pengguna. Tindakan tersebut akan membantu mengurangkan jangkitan wabak COVID-19,” katanya.