Anda di sini

Miami terima 13 kru kapal persiaran yang sakit

Advertisement
 Pekerja perubatan membantu anggota kru kapal persiaran disyaki dijangkiti COVID-19 yang tiba di Pangkalan Pengawal Pantai Amerika Syarikat di Miami, Florida kelmarin. — Gambar AFP
BANTU: Pekerja perubatan membantu anggota kru kapal persiaran disyaki dijangkiti COVID-19 yang tiba di Pangkalan Pengawal Pantai Amerika Syarikat di Miami, Florida kelmarin. — Gambar AFP

MIAMI: Seramai 13 anggota kru dari dua kapal yang dimiliki oleh syarikat Costa Cruises di Itali telah dibenar-kan naik ke darat di Miami selepas mengalami simptom menyerupai COVID-19, menurut pegawai pelabuhan kelmarin.

Seramai 13 anggota kru – enam dari Costa Magica dan tujuh dari Costa Favulosa – telah menunjukkan simptom seperti bronkitis dan pneumonia, serupa de-ngan mereka yang dijangkiti oleh virus COVID-19, kata pihak berkuasa.

“Semasa konsultasi de-ngan para doktor di kapal, beberapa agensi kesihatan negara dan persekutuan, ia telah memutuskan seramai 13 anggota kru di antara kedua-dua kapal mungkin memerlukan pengangkutan ke darat,” kata pihak berkuasa di Pelabuhan Miami dalam satu kenyata-an.

Pesakit telah dibawa ke darat dengan menaiki bebe-rapa bot kecil yang bertutup, ketika kapal persiaran dilarang berlabuh dan diarah-        kan berada sejauh tiga batu dari tepi pantai.

Pengawal Pantai Amerika Syariakt dan kakitangan kecemasan dengan berpakai-an perlindungan lengkap, termasuk penutup mulut dan sarung tangan getah, membantu memindahkan anggota kru yang sakit dari bot ke unit penyakit berjangkit di beberapa hospital tempatan.

Terdapat hampir 1,000 orang, semuanya anggota kru, di atas setiap kapal.

Kira-kira 30 orang daripada mereka telah jatuh sakit dengan simptom seperti selesema – namun kekurangan ujian, tidak ada pengesahan bahawa mereka telah dijangkiti virus COVID-19.

Kapal Costa Magica me-miliki bilik untuk hampir 3,500 penumpang, sementara  Costa Favulosa mempunyai bilik untuk hampir 3,800 – namun penumpang telah diturunkan pada pertengahan Mac di pulau Caribbean di Martinique dan Guadeloupe.

Beberapa penumpang menunjukkan simptom se-perti COVID-19 sebaik sa-haja mereka mendarat.

Sejak itu pelabuhan di sekitar Caribbean telah menolak untuk memberi kebenaran kepada  dua kapal persiaran itu berlabuh. — AFP

Advertisement