Anda di sini

Gagal patuhi PKP, 14 lelaki direman di Kota Bharu

Advertisement
 Seramai 14 lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun direman antara tiga dan empat hari bermula semalam hingga Isnin depan selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Kota Bharu, semalam. — Gambar Bernama
INGKAR: Seramai 14 lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun direman antara tiga dan empat hari bermula semalam hingga Isnin depan selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Kota Bharu, semalam. — Gambar Bernama

KOTA BHARU: Tindakan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi terus terbukti, apabila semakin ramai individu yang gagal mematuhi arahan tersebut, direman semalam.

Ini termasuk 14 lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun, di Kota Bharu, Kelantan, yang direman antara tiga dan empat hari bermula semalam hingga Isnin depan, selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyimie Rosli, di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, semalam.

Mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan, dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Difahamkan kesemua individu berkenaan ditahan di beberapa lokasi di negeri ini, selepas gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, yang bermula 18 Mac hingga 14 April depan.

Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan kerajaan, dalam usaha menangani wabak COVID-19. — Bernama

Advertisement