Anda di sini

AS catat COVID-19 disahkan paling tinggi

Advertisement

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) sekarang mempunyai jumlah paling tinggi bagi kes COVID-19 yang disahkan di dunia, menurut data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University dan The New York Times.

Dalam mencapai angka yang suram kelmarin, negara yang mempunyai 330 juta penduduk itu mengatasi kawasan panas virus China dan Itali.

Johns Hopkins berkata AS mempunyai 82,404 kes, sementara akhbar Times melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 81,321 orang yang diuji positif bagi COVID-19.

Jumlah kes yang diumumkan di Itali setakat kelmarin adalah 80,539 dan di China sebanyak 81,285, menurut satu kiraan AFP.

Beberapa hospital AS dilaporkan penuh dengan kes COVID-19  dan 40 peratus rakyat AS kini di bawah perintah berkurung untuk menghalang penyebaran penyakit tersebut.

Sekurang-kurangnya 1,178 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19 di AS,  menurut Johns Hopkins, termasuk 100 dalam beberapa hari lepas di kawasan tumpuan virus New York.

Ketika kematian masih lagi tinggi di tempat lain, pakar berkata jumlah jangkitan baharu  menunjukkan terdapat ramai rakyat AS akan meninggal dunia – dan jumlah sebenar bagi kes mungkin jauh lebih tinggi berban-ding dengan jumlah rasmi disebabkan oleh kekurangan kit pemeriksaan.

Kiraan rasmi bagi jumlah kes COVID-19 di AS datang daripada Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang telah berada jauh di belakang kiraan. Pada petang kelmarin CDC menyenaraikan 68,440 kes. — AFP

Advertisement