Anda di sini

Senat AS lulus pakej bantuan AS$2 trilion untuk tangani COVID-19

Advertisement
 Pekerja dan anggota Pengawal Negara membina rumah mayat sementara di luar Hospital Bellevue di New York, kelmarin. Bilangan kematian di AS akibat COVID-19 melonjak melepasi 1,000, dengan 68,000 jangkitan yang disahkan. — Gambar AFP
RUMAH MAYAT: Pekerja dan anggota Pengawal Negara membina rumah mayat sementara di luar Hospital Bellevue di New York, kelmarin. Bilangan kematian di AS akibat COVID-19 melonjak melepasi 1,000, dengan 68,000 jangkitan yang disahkan. — Gambar AFP

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) sebulat suara meluluskan pakej bantuan terbesar dalam sejarah negara itu lewat kelmarin, talian hayat sebanyak AS$2 trilion (RM9 trilion) kepada rakyat Amerika yang mende-rita, hospital yang mengalami kekurangan dan ekonomi yang dibantai teruk oleh krisis COVID-19 yang menular dengan begitu cepat.

Langkah itu lulus 96-0 dalam Senat selepas perdebatan dan rundingan yang gamat dan kadang-kadang sengit, manakala bilangan kematian di AS akibat pandemik itu melonjak melepasi 1,000, dengan 68,000 jangkitan yang disahkan.

Wabak sudah meningkat di seluruh negara, tetapi dengan kebimbangan khusus bahawa New York mungkin akan menjadi pusat tumpuan utama seterusnya bagi pandemik COVID-19.

“Marilah kita memberitahu mereka pada malam ini bahawa bantuan  akan tiba, bahawa mereka sebenarnya tidak bersendirian, bahawa negara ini, Senat ini, kerajaan ini di sini bagi mereka pada waktu keperluan yang mendesak,” kata Demokrat Senat Chuck Schumer beberapa minit sebelum undian dibuat.

“Marilah kita mengemudi-kan kerajaan ini untuk bertindak.”

Langkah itu kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan, di mana seorang pe-mimpin Demokrat berkata beliau menjangkakan kelulusannya menerusi undian suara pada hari ini (Jumaat) sebelum ia dibawa kepada Presiden Donald Trump untuk ditandatanganinya.

Pakej gergasi itu, yang dibincangkan oleh ahli-ahli Republikan, Demokrat dan Rumah Putih, menyediakan bayaran wang tunai secara langsung kepada jutaan pembayar cukai Amerika yang terjejas, berjumlah AS$3,400 (RM15,300) bagi sebuah keluarga Amerika dengan purata empat anggota.

Ia menyediakan kira-kira AS$500 bilion (RM2.25 tri-lion) dalam bentuk geran dan pinjaman kepada perniagaan kecil dan industri teras, termasuk sebanyak AS$50 bilion (RM225 bilion) bagi syarikat penerbangan yang tertekan dan pekerja mereka.

Ia turut menyediakan AS$100 bilion (RM450 bilion) bagi hospital dan kemudahan kesihatan lain yang amat memerlukan peralatan per-ubatan, dan memperluaskan dengan dramatik faedah pen-gangguran untuk membantu pekerja yang sakit kerana COVID-19 atau diberhenti-kan sewaktu krisis sekarang.

AS mencatatkan jumlah jangkitan ketiga tertinggi pada peringkat global di belakang China dan Itali. Kira-kira separuh adalah di negeri New York.

“Kita masih ada trajektori yang sedang naik,” kata Gabenor New York Andrew Cuomo, yang menambah  kira-kira 12 peratus orang yang didapati positif memerlukan rawatan di hospital.

Cuomo berkata pegawai kesihatan menjangkakan 120,000 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital di New York, yang mempunyai kapasiti 50,000 katil.

Negeri itu mempunyai kira-kira 30,000 kes yang disahkan, tambahnya, de-ngan 285 kematian. — AFP

Advertisement