Anda di sini

Pemimpin dunia adakan rundingan krisis COVID-19

Advertisement

MADRID: Para pemimpin dunia mengadakan run-dingan krisis dalam talian semalam mengenai pandemik COVID-19 yang telah memaksa tiga bilion orang berkurung dan meragut lebih 21,000 nyawa.

Selepas penyakit itu menular di seluruh dunia dengan kepantasan yang begitu menakutkan, amaran semakin meningkat berhubung kesannya ke atas ekonomi, malah pakar menyatakan ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih buruk daripada krisis ‘Great Depression’ (Kemelesetan Ekonomi Besar).

Sementara pergaduhan berlaku antara para pe-mimpin China dan Amerika Syarikat (AS) mengenai pihak yang harus dipersalahkan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres meminta dunia bertindak bersama-asma untuk menghentikan ancaman itu.

“COVID-19 mengancam seluruh umat manusia – dan seluruh umat manusia mesti melawan balik,” kata Guterres, yang melancarkan rayuan untuk AS$2 bilion (RM9 bilion) bagi membantu golongan miskin di dunia.

“Solidariti dan tindakan global amat penting sekali,” katanya.

“Tindakan negara individu tidak akan memadai.”

Bilangan kematian akibat virus itu, yang muncul di China pada hujung tahun lepas, terus meningkat, dan AS menjadi negara keenam untuk mencecah empat ang-ka.

Sekurang-kurangnya 1,041 orang kini diketahui sudah meninggal dunia kerana virus itu di AS, dengan hampir 70,000 jangkitan yang disahkan, kiraan oleh Universiti Johns Hopkins menunjukkan, manakala pada peringkat global jumlah jangkitan hampir mencapai setengah juta.

Kadar jangkitan yang me-lambung tinggi di AS telah mencetuskan kesibukan untuk membeli senjata, kata pemilik kedai senjata api kepada AFP, selepas pelanggan panik mengenai keruntuhan sosial.

“Ramai orang membeli senapang patah, pistol, AR-15 (raifal separa automatik), segalanya,” kata Tiffany Teasdale, yang menjual senjata api di negeri Washington.

“Ramai orang takut rumah mereka akan dipecah masuk oleh seseorang, untuk mencuri wang tunai, kertas tandas, air botol dan makanan mereka.”

Kira-kira separuh daripada populasi AS hidup dalam keadaan berkurung, tetapi Presiden Donald Trump berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada bahagian yang tidak terjejas di negara itu dapat kembali bekerja ataupun tidak.

“Kita mahu menggerakkan negara kita semula,” kata Trump.

“Saya tidak akan membuat apa-apa dengan terburu-buru atau tergesa-gesa.

“Menjelang Paska, kita akan menerima saranan dan mungkin sebelum Paska,” kata Trump, yang telah menjaja ekonomi AS yang mantap menjelang pilihan raya yang akan dihadapinya pada November.

Rumah Putih, yang dikritik kerana tindakannya yang hambar kepada krisis yang semakin berkembang, ber-ulang kali menyelar Beijing berhubung penyakit itu.

Kelmarin, Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata kuasa-kuasa Kumpulan Tujuh (G7) bersatu untuk menentang kempen “maklumat salah” oleh China.

Seorang jurucakap Kementerian Luar China menimbulkan kemarahan Washington apabila dia mendakwa dalam Twitter bahawa anggota tentera AS membawa virus itu ke Wuhan, metropolis di mana ia pertama kali dikesan pada hujung tahun lepas.

Saintis percaya COVID-19 datang dari sebuah pasar yang menyembelih haiwan eksotik.

“Setiap negara yang ada di mesyuarat itu pada pagi tadi amat sedar tentang kempen maklumat salah yang dijalankan oleh Parti Komunis China untuk cuba mengalih perhatian daripada apa yang telah benar-benar berlaku,” kata Pompeo kepada pemberita.

China “selama ini dan terus terlibat dalam” kempen menerusi media sosial yang turut merangkumi teori konspirasi tentang pem-        babitan AS.

“Ini adalah cakap-cakap gila,” katanya.

Namun sebarang tanggapan mengenai perpaduan selepas sidang video di kalangan G7, yang turut dianggotai Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun, musnah apabila tiada kenyataan bersama dibuat – selalunya satu formaliti di perhimpunan sedemikian.

Laporan membayangkan kenyataan itu digagalkan oleh desakan Pompeo agar ia menggunakan istilah “virus Wuhan” – satu formaliti yang tidak disenangi golongan profesional perubatan yang menyatakan ia menimbulkan stigma.

Pakar ekonomi berkata pandemik COVID-19, dan arahan berkurung yang me-nyaksikan tiga bilion orang diarah duduk di rumah, boleh menyebabkan kemelesetan paling ganas dalam sejarah moden.

“Ekonomi G20 akan me-ngalami kejutan luar biasa dalam separuh pertama tahun ini dan akan mengecut pada 2020 pada keseluruhannya,” kata agensi penarafan Moody’s.

Kadar pengangguran dijangka akan melonjak, khususnya di negara di mana kadar baru-baru ini berada pada tahap terendah dalam sejarah, seperti Britain dan AS.

Para pemimpin ekonomi utama G20 akan mengada-kan persidangan maya lewat semalam dibayangi ramalan yang begitu buruk.

“Pada waktu dunia berdepan dengan pandemik CO-VID-19 dan cabaran kepada sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi global, kita mengadakan sidang kemun-cak G20 yang luar biasa ini untuk menyatukan usaha ke arah tindakan global,” ciap raja Arab Saudi.

Arab Saudi kini memegang jawatan presiden G20 yang digilirkan.

Sementara negara-negara kaya termasuk AS sudah mengumumkan pakej rangsangan besar-besaran, setakat ini pelan tindakan kolektif tidak ada dari G20, dan kebimbangan semakin meningkat bagi negara-negara miskin tanpa akses kepada pasaran modal dan kemudahan kesihatan yang mencukupi.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa negara-negara G20 untuk memberi sokongan kepada “negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana”, termasuk dari rantau Gurun Sahara Afrika. — AFP

Advertisement