Anda di sini

Digi tawar akses pembelajaran menarik untuk pelanggan duduk di rumah

Advertisement
 Pelbagai platform penstriman video ditawarkan oleh MyDigi Subscriptions oleh EasyAdd bagi pelanggan yang duduk di rumah semasa PKP.
PATUHI PKP: Pelbagai platform penstriman video ditawarkan oleh MyDigi Subscriptions oleh EasyAdd bagi pelanggan yang duduk di rumah semasa PKP.

KUCHING: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menawarkan rakyat Malaysia akses kepada aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan berkualiti, khas buat keluarga yang duduk di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan (PKP).

Aplikasi dan perkhidmatan ‘edutainment’ yang menarik itu ditawarkan dengan diskaun istimewa atau percubaan percuma melalui MyDigi Subscriptions oleh EasyAdd.

Pengguna yang tidak menggunakan talian Digi juga boleh mengakses dan melanggan mana-mana perkhidmatan ini melalui www.easyadd.my.

Antara aplikasi yang ditawarkan adalah ‘JomStudi’, ‘Classruum’, ‘Me Books’, ‘Atom & The Dot’, ‘Veative’, ‘Hopster’ dan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pembelajaran ini boleh dilayari di http://digi.my/stayhomeedu.

Dalam pada itu, pelanggan Digi juga berpeluang menikmati percubaan percuma selama seminggu menerusi platform penstriman video seperti Amazon Prime Video dan MUBI SINEMA untuk hiburan berkualiti semasa PKP.

Melaluinya, para pelanggan boleh menonton siri menarik seperti Hunters and Star Trek: Picard di Amazon Prime Video dan juga boleh menonton filem-filem menarik di Mubi Sinema.

Pelanggan juga boleh memilih untuk meneruskan langganan selepas tempoh percubaan percuma melalui MyDigi Subscriptions oleh EasyAdd.

Untuk senarai semua perkhidmatan hiburan, sila layari http://digi.my/stayhomewatch.

MyDigi Subscriptions oleh EasyAdd menawarkan pelanggan kemudahan untuk melanggan dan menguruskan pelbagai perkhidmatan langganan menerusi satu platform.

Pelanggan Digi juga boleh menguruskan langganan mereka secara mudah dalam satu bil dan pembayaran boleh dibuat melalui bil telefon mereka atau melalui kredit prabayar.

EasyAdd juga memboleh-kan pembayaran debit dan kad kredit khusus bagi pelanggan yang tidak menggunakan talian Digi.

Advertisement