Anda di sini

Trend jangkitan positif COVID-19 mula stabil di Sarawak - Abang Johari

Advertisement
Carta kes positif COVID-19 di Sarawak.
Carta kes positif COVID-19 di Sarawak yang mula menunjukkan kestabilan.

KUCHING: Trend jangkitan positif COVID-19 di Sarawak stabil sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 hingga hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pada mula PKP dikuatkuasakan jangkitan positif agak tinggi iaitu 10 kes pada 21 Mac tetapi selepas itu jumlah kes positif menurun kepada lapan kes pada 22 Mac, enam kes pada 23 Mac, lima kes pada 24 Mac, empat kes pada 25 Mac dan hari ini empat kes.

"Bermakna jumlah jangkitan positif COVID-19 kini menunjukkan trend stabil dan jika terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ada kemungkinan selepas 14 hari (pertama PKP) jumlah jangkitan akan menurun. Hari ini memasuki hari kesembilan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

"Objektif kita ialah mencatatkan jumlah sifar bagi kes positif COVID-19 kalau pun tidak pada hari ke -14 hari, mungkin pada hari ke-16 atau ke-17," katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu agar rakyat Sarawak terus mematuhi PKP dan tidak keluar dari rumah jika tiada urusan benar-benar penting.

  • oleh
  • Advertisement