Anda di sini

Pesakit COVID-19 di Limbang daripada kluster ijtimak

Advertisement
 Dr Abdul Rahman (dua kanan) mendengar            taklimat daripada Dr Nanthakumar (tiga kiri), kelihatan sama Denney (kiri), Paulus dan Superi (kanan) semalam.
CEGAH COVID: Dr Abdul Rahman (dua kanan) mendengar taklimat daripada Dr Nanthakumar (tiga kiri), kelihatan sama Denney (kiri), Paulus dan Superi (kanan) semalam.

LIMBANG: Kesemua pesakit di bahagian ini yang didapati positif COVID-19 dan mempunyai gejala penyakit itu dikesan daripada kluster golongan yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kesemua 28 pesakit di Limbang dan enam di Lawas yang menghadiri ijtimak itu sudah melakukan saringan.

“Setakat ini hanya satu kluster iaitu ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling yang dikesan menyebabkan penularan virus COVID-19 di bahagian ini.

“Kerajaan melalui Jabatan Kesihatan dan agensi kerajaan berkaitan terus memperketat saringan kesihatan di pintu masuk negeri dan daerah ini sebagai langkah memerangi penularan COVID-19, selain mengelak kemasukan kluster lain,” katanya ketika ditemui media ketika mengadakan lawatan ke Hospital Limbang, semalam.

Turut sama ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said dan Pegawai Kesihatan Bahagian Limbang Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu.

ADUN Bukit Kota itu menjelaskan lagi, keadaan di bahagian Limbang agak terkawal dan tidak merekodkan kes-kes baharu sejak tiga hari lepas.

Jelasnya, selain saringan di pintu masuk di daerah ini, pihak Hospital Limbang turut membuat saringan termasuk di pusat kuarantin bagi mengenal pasti pesakit yang ada gejala COVID-19 dan pesakit di bawah siasatan (PUI).

Selain itu katanya, tiga pusat kuarantin dibuka terma-suk satu di Lawas (Stadium Tertutup Lawas) dan dua di Limbang, melibatkan Stadium Tertutup dan asrama Dewan Suarah Limbang.

Pembukaan pusat kuarantin ini katanya, dapat membantu pihak Hospital Limbang untuk menempatkan pesakit PUI dan pesakit di bawah pemerhatian (PUS).

Jelasnya, pada masa ini terdapat 10 pesakit yang ada gejala COVID-19 ditempatkan di dua wad kuarantin Hospital Limbang.

“Manakala terdapat 30 pesakit PUI yang tidak ada gejala ditempatkan di Stadium Tertutup dan lapan pesakit di asrama Dewan Suarah Limbang.

“Sementara itu bagi pesakit di Lawas yang ada gejala, mereka akan ditempatkan di Hospital Limbang dan 32 pesakit PUI di Lawas yang tidak ada gejala dikuarantin di Stadium Tertutup Lawas,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata lagi, meskipun terkawal pihaknya sentiasa berhati-hati termasuk menyiasat, menya-ring dan mengubati pesakit yang menghidap COVID-19.

Kata beliau, semua pesakit PUI dan PUS akan diambil sampel untuk mengesan sama ada positif COVID-19.

Mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) katanya, sekitar 95 pe-ratus orang awam mematuhi arahan dan Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa bekerjasama rapat dengan Brunei.

Pada masa ini kata beliau, Brunei turut memberi kelonggaran kepada lori yang membawa bahan keperluan memasuki negara itu dengan membuat permohonan terus melalui Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) negara itu selain kelonggaran kepada pegawai kerajaan yang bertugas de-ngan dokumen berkaitan.

  • oleh
  • Advertisement