Anda di sini

Penganalisis ekonomi syor kerajaan bagi RM1,000 kepada rakyat hilang pendapatan

Advertisement
 

KUCHING: Felo Akademi Sains Malaysia Dr Madeline Berma (gambar) mengesyorkan kerajaan memberi kira-kira RM1,000 untuk satu isi rumah bagi meringankan beban kewangan mereka yang hilang pendapatan ekoran tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu kerajaan dicadangkannya agar memberi pinjaman mikro tanpa faedah, tanpa cagaran, dan dibayar balik apabila ekonomi keluarga pulih.

"Saya juga mencadangkan kepada kerajaan juga boleh memikirkan secara terperinci 'Pendapatan Minimum Terjamin' (hampir sama dengan konsep Universal Basic Income) untuk Kumpulan B40," katanya menerusi catatan Facebooknya, hari ini.

Madeline berkata kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat umum diharap dapat menyalur bantuan kepada kumpulan terbawah.

Jelasnya, lanjutan PKP sehingga 14 April yang meninggalkan kesan mendalam terhadap golongan berpendapatan rendah.

Menurut beliau kebanyakan mereka berpendapatan rendah bekerja, tetapi menerima pendapatan harian, tidak stabil, dan kurang simpanan. 

"Mereka bekerja keras sebagai penjaja, pekerja di sektor tidak formal, ibu tunggal, peniaga kecilan, kerja bergaji harian.

"Kajian saya mendapati, di Malaysia "income share" kumpulan B40 sekitar 16 peratus," tegasnya.

Namun ujar beliau apa yang lebih membimbangkan adalah mereka dalam kumpuan dua peratus terbawah.

Madeline berkata, mereka itu diibaratkan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".  

Malahan kata beliau kebanyakan mereka penjaja di sektor tidak formal, kurang upaya, golongan tua yang tiada pencen, uzur.  

"PKP ini pasti menjejas pendapatan dan kesejahteraan hidup mereka. 

"Mereka sudah tidak ada "cara untuk mengkais pagi, maupun petang"," ujarnya.

Madeline sekali lagi menegaskan ramai yang sudah kehilangan sumber pendapatan dimana ada mereka mula menggunakan wang dalam tabungan.

"Bagi yang tiada tabungan,  talian hidup yang terbuka cumalah melalui berhutang maka tidak hairan jika hutang isi rumah, semakin meningkat dalam situasi semasa.

"Dengan itu saya juga mengharap kerajaan akan menyalurkan terus bantuan kewangan yang wajar untuk jangka masa PKP," katanya.

  • oleh
  • Advertisement