Anda di sini

LBU hulur sumbangan RM1 juta kepada JPBN Sarawak

Advertisement
Zaidee menyerahkan cek berjumlah RM1 juta kepada Uggah.
Zaidee menyerahkan cek berjumlah RM1 juta kepada Uggah.

KUCHING: Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) hari ini menghulurkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Pengarah Urusan LBU Mohamad Zaidee Abang Hipni berkata, ramai orang terjejas akibat pandemik COVID-19, justeru bantuan itu dihulurkan untuk membantu masyarakat menghadapi situasi mencabar tersebut, selain menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Saya berharap agar lebih banyak entiti korporat akan meneladani apa yang dilakukan oleh pihak kami,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima sumbangan tersebut di bilik gerakan Wisma Bapa Malaysia.

Zaidee turut ditemani oleh Ketua Komunikasi Korporat LBU, Nor Zalida Ahmad.

Bekas rakan pelaksana projek (PDP) kerajaan dan melalui program CSRnya, LBU telah membina sebuah sekolah baharu untuk SK Kampung Buda, Spaoh, Betong yang runtuh akibat hakisan tanah dengan kos RM2.8 juta.

Hadir sama, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian; Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin; Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Abdullah Saidol dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar) Datu Ik Pahon Joyik.