Anda di sini

‘Hari Sepi’ di Bali disambut lebih sepi gara-gara COVID-19

Advertisement
 Penduduk menunggang motosikal melintasi patung dikenali sebagai Ogoh-Ogoh menjelang sambutan ‘Hari Sepi’ di Denpasar, Bali kelmarin. — Gambar AFP
SUASANA SEPI: Penduduk menunggang motosikal melintasi patung dikenali sebagai Ogoh-Ogoh menjelang sambutan ‘Hari Sepi’ di Denpasar, Bali kelmarin. — Gambar AFP

BALI: “Hari Sepi” di Bali jauh lebih sepi berbanding kebiasaan pada tahun ini selepas kebimbangan mengenai COVID-19 mendorong pihak berkuasa untuk mengurangkan perayaan tahunan yang menyaksikan kehidupan di pulau majoriti Hindu di Indonesia itu hampir terhenti sepenuhnya.

Dikenali sebagai ‘Nyepi’, perayaan itu meminta penduduk tempatan duduk di rumah selama 24 jam dan membuat renungan dalam pengurungan kendiri.

Penerbangan dan sambu-ngan Internet dihentikan buat sementara waktu manakala tempat tarikan pelancong ditutup untuk meluangkan masa bagi meditasi dan renungan diri.

Perayaan itu, yang disambut semalam, biasanya didahului perarakan di jalanan yang memaparkan patung berwarna-warni dikenali sebagai Ogoh-Ogoh yang kemudian dibakar, untuk melambangkan pembaharu-an dan penyucian.

Perarakan itu dikurangkan dengan drastik pada petang kelmarin kerana kebimba-ngan mengenai penularan virus maut berkenaan, manakala pihak berkuasa turut membatalkan satu sambutan berkaitan yang memaparkan pasangan bercium.

Langkah penjarakan sosial dikuatkuasakan bagi beberapa upacara tradisional yang diteruskan, dengan pelbagai hasil, dan ramai membuat pemberian de-ngan harapan untuk menangkis virus itu.

“Kami harap alam semesta dapat membantu me-lindungi orang daripada wabak itu,” kata penganjur ‘Nyepi’, Cokorda Putra Wisnu Wardana.

“Pemberian itu akan di-letakkan di dalam sungai untuk melambangkan hasrat kita agar semua penyakit, virus dan perkara yang membuat kita bimbang dapat dibawa arus,” tambahnya.

Bagi penduduk Bali, Dwi Antara, kebimbangan me-ngenai virus, yang sudah pun menjejaskan sektor pelancongan yang penting di pulau itu dengan teruk, telah memudarkan perayaan.

“Ia adalah berbeza pada tahun ini. Biasanya ia begitu meriah. Ia tidak rasa seperti ‘Nyepi’,” katanya.

Indonesia merupakan sebuah negara majoriti Islam tetapi lebih 80 peratus daripada populasi Bali mendakwa diri beragama Hindu dan meng-amalkan versi tempatan bagi agama tersebut. — AFP

Advertisement