Anda di sini

Guardiola derma satu juta euro kepada Kolej Perubatan Barcelona

Advertisement

MADRID, Sepanyol: Pengurus kelab Manchester City, Pep Guardiola, menderma satu juta euro untuk membantu membeli bekalan perubatan untuk menghadapi pandemik koronavirus (COVID-19) di negara kelahirannya, Sepanyol.

Bekas jurulatih kelab Barcelona itu memberikan sumbangan kepada Kolej Perubatan Barcelona untuk membeli “peralatan perubatan yang ketika kini kekurangan di pusat kesihatan di Catalonia,” kata pihak hospital dalam satu kenyataan.

Sumbangan beliau juga akan digunakan untuk menghasilkan alat pernafasan untuk merawat pesakit dan alat perlindungan khas untuk pekerja kesihatan di rantau Catalonia.

Sementara itu, Klinik Hospital di Barcelona berkata ia ada menerima sumbangan dari kapten kelab Barcelona, Lionel Messi.

“Terima kasih Leo (Messi), di atas sokongan dan komitmen anda,” tambah hospital itu.

Ketika hospital tidak berkata berapa jumlah yang disumbangkan oleh Messi, akhbar sukan harian Catalan, Mundo Deportivo berkata ia adalah satu juta euro.

Dengan pandemik menular ke seluruh dunia, Sepanyol merupakan salah satu negara yang terjejas teruk, berada di senarai ketiga jumlah kematian terbanyak dengan angka terbaharu kematian ialah 2,696 orang, dan jumlah dijangkiti menghampiri 40,000 orang. — AFP

Advertisement