Anda di sini

COVID-19: Ragut satu lagi nyawa jemaah tabligh

Advertisement
 
 

KUALA LUMPUR: Virus COVID-19 meragut satu lagi nyawa hari ini menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di Malaysia setakat ini 21 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian daripada kes ke-1,588 itu melibatkan warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

"Beliau adalah peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling," kata Dr Noor Hisham di laman Facebook rasminya pagi ini.

Menurutnya, pesakit mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac dan hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif.

Pesakit kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac, 4 pagi, katanya. - Bernama 

Advertisement