Anda di sini

COVID-19: Jangan salahkan pesakit

Advertisement
"Memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan, dua hari yang lalu, Perdana Menteri telah memperluaskan tempoh PKP di seluruh Malaysia hingga 14 April, atau 14 hari lebih lama daripada yang dirancang sebelumnya berikutan penambahan pesakit positif COVID-19"
"Memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan, dua hari yang lalu, Perdana Menteri telah memperluaskan tempoh PKP di seluruh Malaysia hingga 14 April, atau 14 hari lebih lama daripada yang dirancang sebelumnya berikutan penambahan pesakit positif COVID-19"

MALAYSIA pada asalnya menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 hingga 31 Mac 2020 untuk mengurangkan kadar penyebaran wabak COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menetapkan tempoh yang untuk dilaksanakan kerana terdapat potensi untuk peningkatan jangkitan COVID-19 jika penduduk dibenarkan menjalankan aktiviti biasa.

Memandangkan penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan, dua hari yang lalu, Perdana Menteri telah memperluaskan tempoh PKP di seluruh Malaysia hingga 14 April, atau 14 hari lebih lama daripada yang dirancang sebelumnya berikutan penambahan pesakit positif COVID-19.

 Negara kita mencatatkan penyebaran wabak COVID-19 sehingga Rabu (253) mencapai 1,796 atau meningkat 172 kes baharu dengan 17 kematian.
PENULARAN: Negara kita mencatatkan penyebaran wabak COVID-19 sehingga Rabu (253) mencapai 1,796 atau meningkat 172 kes baharu dengan 17 kematian.

Bagaimanapun Malaysia tidak pasti sama ada selepas 14 April kerajaan akan menghentikan PKP. Melalui perintah itu, pihak berkuasa Malaysia telah menutup semua kawasan sempadan yang menyumbang kemasukan pelawat asing. Bukan itu sahaja, kerajaan  juga menutup operasi beberapa syarikat dan mengehadkan ruang untuk
rakyatnya.

Negara kita mencatatkan penyebaran wabak COVID-19 sehingga Rabu (25 Mac) mencapai 1,796 atau meningkat 172 kes baharu dengan 17 kematian.  

Jumlah itu meningkat secara mendadak pada minggu lalu daripada 673 kes atau yang paling tinggi berbanding dengan negara-negara di Asia Tenggara. Untuk menjangkakan peningkatan pesakit COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan 3,585 katil di 34 hospital.

 Secara peribadi saya percaya perhimpunan tabligh itu adalah satu pertemuan istimewa.
PERHIMPUNAN: Secara peribadi saya percaya perhimpunan tabligh itu adalah satu pertemuan istimewa.

Mengambil kira sikap rakyat Malaysia yang tidak berapa bekerjasama dengan kerajaan dalam mematuhi PKP, ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan penularan COVID-19. Malah, jangan kita terkejut jika negara melancarkan perintah berkurung sepenuhnya sekiranya orang ramai masih memandang ringan isu ini.

Kita kena faham tujuan utama PKP adalah untuk memutuskan transmisi wabak itu. Jika semua berpusu-pusu ke tempat yang ramai orang, ia akan menambah risiko penularan. Sepatutnya kita kena wujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk mereka membeli barangan
keperluan.

Dalam keadaan yang sama, jika orang ramai sibuk kembali ke kampung semasa PKP, ada kemungkinan besar mereka berisiko ibu bapa
kerana mereka mudah dijangkiti dengan imuniti yang rendah. Kita harus mengurangkan interaksi sosial.

Untuk membendung keadaan mendesak, penting bagi kita supaya  jujur dengan daya perubatan ketika menjalani pemeriksaan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan individu berkenaan dikenakan hukuman mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang memperuntukkan hukuman dua hingga lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Demi kebaikan semua  rakyat mungkin kita boleh mengikuti contoh penguatkuasaan yang dilaksanakan kerajaan China dalam membendung
COVID-19 melalui kaedah yang lebih tegas, walau dianggap kejam dan dikatakan menentang hak kemanusiaan.

Terbukti ia amat efektif sehingga menyebabkan tiada kes domestik dilaporkan di negara itu. Kalau kita berkompromi dengan kebebasan rakyat, masalah akan menjadi lebih rumit.

Di Kota Kinabalu saya dapat merasakan suasana sunyi, sepi, dan jalan lengang semasa PKP. Peduduk Sabah diarah berkurung dalam rumah dan saya ketika ini berada Kota Kinabalu juga tidak keluar sejak beberapa hari lalu kerana bimbang dengan keadaan diri.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa berdiam duduk di rumah dan tidak pasti berapa lama tempoh berkurung.

Dalam dunia perniagaan, wabak COVID-19 turut menjejaskan pasaran saham, selain menimbulkan kesan besar ke atas kehidupan dan kesihatan manusia. Mengapa pasaran dan ekonomi secara umumnya terjejas, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek?

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, pertumbuhan ekonomi pada suku pertama tahun ini dijangka terkesan oleh penularan COVID-19 . Namun, kesan buruknya terhadap ekonomi adalah bergantung kepada bagaimana teruknya virus itu menular serta tindak balas negara dalam menanganinya.

Ternyata penularan COVID-19 telah menjejaskan pertumbuhan Malaysia menerusi pelancong asing yang rendah serta perbelanjaan terhadap
hotel, runcit, pengangkutan dan restoran yang rendah.

Tambahan pula, permintaan perlahan dan gangguan pengeluaran di China menjejaskan eksport Malaysia. Disamping itu industri perbankan sudah mengumumkan langkah untuk membantu mereka terjejas oleh penularan wabak berkenaan. Ekonomi kita dijangka akan kekal disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan pemulihan aktiviti global.

 Gedung Kota Kinabalu  yang sibuk dahulu sekarang sudah jadi kawasan kesepian.
SEPI: Gedung Kota Kinabalu yang sibuk dahulu sekarang sudah jadi kawasan kesepian.

Kita semua maklum bahawa tidak mungkin kita tahu siapakah yang ada membawa virus COVID-19. Paling cepat ia boleh dikesan selepas
menjalani saringan COVID-19 adalah antara sehari hingga dua hari dan mengalami simptom demam, sakit badan dan selesema.

Untuk masa sekarang cara terbaik adalah jangan keluar rumah dan memeriksa suhu badan serta pakai topeng muka.

Baru baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta masyarakat tidak menyalahkan jemaah tabligh berikutan
peningkatan kes positif dan kematian akibat COVID-19 yang terjadi ketika ini.

Katanya, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan pada 24 Mac, 43 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling manakala 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian.

 Suasana di Bandaraya Kota Kinabalu yang agak sunyi sepi dan jalan lengang semasa PKP.
LENGANG: Suasana di Bandaraya Kota Kinabalu yang agak sunyi sepi dan jalan lengang semasa PKP.

Secara peribadi saya percaya perhimpunan tabligh itu adalah satu pertemuan istimewa. Berdasarkan siasatan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) terdapat kira-kira 16,000 peserta di ijtimak tabligh antarabangsa di sebuah masjid Kuala Lumpur pada 27 Feb hingga 1 Mac.
Daripada angka itu, kira-kira 14,500 dipercayai rakyat Malaysia.

Adalah tidak wajar bagi orang awam menyalahkan jemaah tabligh dalam peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini. Sudah tentu tiada siapa yang mahu sakit. Salah bagi kita mendiskriminasikan golongan peserta peserta perhimpunan tabligh yang dengan penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan. Tolong janganlah kita stigmakan mereka.

Apa yang penting adalah kita bantu mengesan dan merawat jangkitan COVID-19 di kalangan jemaah tabligh, keluarga dan kontak mereka.

Advertisement