Anda di sini

COVID-19: 1.3 bilion penduduk India mula berkurung 21 hari

Advertisement
 Seorang anggota polis bersenjata dilihat berkawal di jalan raya sehari selepas kerajaan mengumumkan arahan berkurung selama 21 hari sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19 di New Delhi, India semalam. — Gambar AFP
KAWALAN KETAT: Seorang anggota polis bersenjata dilihat berkawal di jalan raya sehari selepas kerajaan mengumumkan arahan berkurung selama 21 hari sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19 di New Delhi, India semalam. — Gambar AFP

NEW DELHI: India dengan jumlah penduduk lebih sebilion memulakan tempoh berkurung selama tiga minggu semalam, dan satu pertiga daripada dunia kini di bawah arahan untuk duduk di rumah, manakala pandemik Novel Korona-virus (COVID-19) memaksa Jepun untuk menangguhkan temasya Sukan Olimpik sehingga tahun depan.

Pasaran kewangan me-lonjak selepas bulan yang buruk manakala Kongres Amerika Syarikat (AS) dijangka akan meluluskan rang undang-undang rangsangan ekonomi besar-besaran, untuk menyertai usaha bank pusat di seluruh dunia meme-rangi krisis dengan suntikan wang tunai yang besar.

Donald Trump menyuara-kan harapan agar AS dapat bergerak lagi menjelang Paska, yang jatuh pada 12 April bagi kebanyakan orang Kristian, tetapi walaupun presiden itu mempamerkan sikap optimis, semakin banyak kerajaan mengambil langkah luar biasa untuk menghalang pembawa virus yang berpotensi daripada keluar dari rumah dan melakukan perjalanan.

India mengarahkan 1.3 bilion penduduknya, populasi kedua terbesar di dunia, untuk duduk di rumah selama tiga minggu.

Seruan Perdana Menteri Narendra Modi bagi “pengurungan sepenuhnya” menggandakan jumlah manusia di seluruh dunia di bawah sekatan pergerakan ter-tentu kepada lebih 2.6 bilion manusia.

“Untuk menyelamatkan India, untuk menyelamat-kan setiap warganya, anda, keluarga anda, setiap jalan, setiap kawasan kejiranan diletakkan di bawah arahan berkurung,” kata Modi dalam satu ucapan televisyen.

Namun China, di mana virus baharu itu muncul pada tahun lepas, melonggarkan sekatan ketat ke atas 50 juta penduduk di wilayah tumpuan utama Hubei semalam setelah berkurung selama berbulan-bulan selepas negara itu melaporkan tiada kes domestik baharu.

Bandar raya Wuhan, tempat asal awal bagi wabak itu selepas ia pada mulanya dikesan di sebuah pasar yang menjual haiwan liar untuk dijadikan makanan manusia, akan membenarkan penduduk untuk keluar bermula 8 April.

Pandemik itu telah menjejaskan acara kebudayaan dan sukan di dunia, dan kelmarin menjejaskan acara terbesar sekali: Olimpik Tokyo 2020.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe cuba bercakap dengan nada optimis, dan berikrar bahawa temasya sukan yang dijadualkan semula pada 2021 akan menjadi “kesaksian kepada kejayaan umat manusia menewaskan virus baharu itu”.

Ia menandakan kali pertama acara sukan terbesar di dunia, yang sebelum ini dijadual bermula pada 24 Julai, ditangguhkan pada waktu aman.

Di seluruh planet, perangkaan suram berhubung CO-VID-19 bertambah buruk, dengan lebih 18,200 kematian dan 405,000 jangkitan yang diisytiharkan, separuh daripadanya di Eropah, menurut satu kiraan AFP.

Situasi perubatan masih genting di Eropah, di mana Itali yang paling teruk terjejas mempunyai pelbagai berita.

Bilangan kematian di negara Mediterranean itu me-lonjak semula kepada 743 selepas penurunan kecil selama dua hari daripada rekod 793 kematian yang tertinggi di dunia pada Sabtu lepas.

Namun jangkitan baharu yang diisytiharkan secara rasmi meningkat hanya lapan peratus sahaja untuk hari kedua berturut-turut.

Ireland mengarahkan penutupan perniagaan yang tidak perlu, Britain merancang sebuah hospital darurat dengan 4,000 katil di London manakala Sepanyol menuntut sokongan praktikal daripada pakatan ketenteraan NATO.

Negara-negara di Afrika, di mana sistem kesihatan selalu-nya rapuh, turut memper-tingkatkan tindakan mereka kepada virus itu selepas kes dan kematian meningkat.

Hampir 130 juta warga Amerika, atau 40 peratus daripada populasi, berada di bawah atau tidak lama lagi akan berada di bawah arahan berkurung, termasuk di ne-geri terbesar California.

Banyak kerajaan men-dengar pakar kesihatan yang memberi amaran bahawa satu-satunya cara untuk memperlahankan wabak itu dan menyelamatkan nyawa warga emas dan golongan lemah dan terdedah adalah dengan melaksanakan langkah “pengasingan sosial” ke atas populasi.

Namun Trump tidak yakin bahawa langkah itu berbaloi kerana kos ekonomi yang begitu besar sekali.

“Ramai orang bersetuju dengan saya. Negara kita... ia tidak dibina untuk ditutup,” katanya kepada Fox News.

“Anda dapat memusnah-kan sebuah negara begini dengan menutupnya.”

Pasaran global akhirnya mula mendapat balik sebahagian daripada kerugian yang dialami pada Februari lalu.

Menteri kewangan dan ketua bank pusat Kum-         pulan Tujuh (G7) demokrasi perindustrian utama telah berikrar untuk “melakukan apa sahaja yang perlu bagi memulihkan keyakinan dan pertumbuhan ekonomi selain melindungi pekerjaan, perniagaan, dan ketahanan sistem kewangan”. — AFP