Anda di sini

CELCOM tawar kandungan digital percuma dengan ‘Test KawKaw’

Advertisement
 Kempen Test KawKaw menawarkan kandungan digital menerusi kaedah langganan percubaan percuma sehingga 30 April 2020.
PERCUBAAN: Kempen Test KawKaw menawarkan kandungan digital menerusi kaedah langganan percubaan percuma sehingga 30 April 2020.

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad (Celcom) menawarkan kandungan digital secara percuma kepada pelanggannya menerusi kempen ‘Test KawKaw’.

Kempen Test KawKaw adalah satu platform yang menawarkan pelbagai kan-dungan yang digemari ramai seperti permainan dalam talian, video, muzik dan kandungan gaya hidup tanpa sebarang caj.

Ia dibawakan secara eksklusif kepada semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom menerusi kaedah langganan percubaan percuma sehingga 30 April 2020 untuk kandungan, Game Hero, Viu, BIMA Life dan Call Me Tones.

Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad, Roy Ong berkata, kempen Test Kawkaw Celcom merupakan satu saluran inovatif yang memenuhi keperluan gaya hidup digital para pelanggan, yang memberi pengalaman peribadi yang berbeza dan tiada tan-dingan, mengikut selera masing-masing.

“Celcom komited untuk memberikan nilai terbaik kepada pelanggan dengan keupayaan dan penawaran baharu dalam ekosistem digital. Tawaran eksklusif ini membolehkan pelanggan kami mencuba secara percuma beberapa kandungan digital terbaik kami termasuk kandungan mudah alih, video dan kandungan penstriman muzik serta perkhidmatan kandungan digital yang bermanfaat.

“Dengan ekosistem digital kami yang kian berkembang pesat seiring dengan permintaan kandungan digital, Celcom akan bekerjasama dengan jenama kandungan digital yang lebih menarik bagi melengkapi pengalaman pelanggan menyeluruh melalui tawaran dan promosi yang direka khusus.

“Selain itu, para pengguna dapat menikmati kandungan digital kegemaran mereka secara lancar apabila digabung bersama dengan pelan data prabayar bulanan kami 48GB dari Celcom Xpax hanya RM38, atau pelan pascabayar inovatif dan tanpa had terbaharu, Celcom Mega dengan harga RM98, di rangkaian 4GLTE Celcom,” katanya.

Untuk menikmati akses kepada kandungan digital percuma ini, pelanggan      Celcom hanya perlu melayari laman web Celcom di https://www.celcom.com.my/personal/extras/test-kaw-kaw atau mengakses terus menggunakan menu USSD dengan mendail * 118 * 6 # untuk langganan kandungan pilihan mereka.

  • oleh
  • Advertisement