Anda di sini

STAR hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Marampong

Advertisement
 Kong menyampaikan sumbangan kepada Sani.
STAR: Kong menyampaikan sumbangan kepada Sani.

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan mengunjungi mangsa kebakaran rumah di Kg Marampong Apin-Apin semalam.

Timbalan Presiden STAR Kong Fui Seng dan rombongan menemui keluarga Sani Marijan yang ditimpa musibah kebakaran awal pagi Isnin.

"Kita datang untuk ikut prihatin kepada keluarga yang ditimpa musibah dan seterusnya menyampaikan sumbangan keperluan harian," katanya.

Kong yang juga Pegawai Perhubungan Parlimen Keningau berharap sumbangan yang mereka sampaikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

Turut serta dalam kunjungan kepada mangsa ialah Naib Ketua Bahagian STAR DUN Liawan Ronanus Roy Martin.

Ronanus seterusnya menyambut baik usaha Kong mewakili Ahli Parlimen Keningau yang juga Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang kini menjawat Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

Ronanus berkata parti itu prihatin membantu golongan yang ditimpa musibah tanpa mengira bangsa, agama serta fahaman politik agar kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

  • oleh
  • Advertisement