Anda di sini

RM50 juta untuk Dana IKS Sabah

Advertisement
SHAFIE
SHAFIE

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk Dana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu bagi membantu IKS di negeri ini untuk terus berdaya tahan akibat terjejas dengan penularan jangkitan COVID-19.

Katanya, peruntukan berkenaan disediakan di bawah Pakej Bantuan COVID-19 Sabah yang menawarkan pinjaman dengan kadar faedah serendah 3.5 peratus.

"Memandangkan kerajaan negeri mengambil langkah untuk membantu, saya juga berharap supaya pihak IKS di Sabah turut menjaga kebajikan pekerja dan kakitangan mereka dalam masa yang sukar ini.

"Kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas dalam suasana yang sukar ini.

"Peruntukan ini di bawah Dana Kredit Mikro Sabah dengan kadar faedah yang rendah sebanyak dua peratus. Penyediaan dana melalui Perbadanan Pinjaman Sabah ini dijangka akan membantu sekitar 20,000 peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah," katanya di sini.