Anda di sini

Penduduk Pulau Gaya tiada urusan penting diarahkan berpatah balik 

Advertisement
 Hanya pekerja yang bekerja dalam perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk bergerak dari Pulau Gaya ke sini dan sebaliknya.
BOT PENUMPANG: Hanya pekerja yang bekerja dalam perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk bergerak dari Pulau Gaya ke sini dan sebaliknya.

KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Gaya yang ingin ke pusat bandar diarahkan berpatah balik semasa sampai di Jeti Pasar Besar petang tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Mohd Rosli Abdullah berkata kesemua penduduk yang didapati tidak mempunyai urusan penting diarahkan pulang semula ke rumah bersesuaian dengan larangan pergerakan dari Pulau Gaya ke sini atau sebaliknya dihentikan serta merta.

“Kebanyakkan penduduk yang bergerak secara beramai-ramai sehingga mencecah beberapa buah bot memberikan alasan untuk ke pusat bandar bagi membeli barangan keperluan.

“Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang bertugas bersama beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin (PPM) melaksanakan arahan untuk kesemua penduduk berpatah balik berikutan hari sudah lewat dan kebanyakkan kedai sudah ditutup,” katanya.

Menurutnya pihaknya hanya membenarkan pekerja yang bekerja dalam perkhidmatan perlu (essential services) sahaja untuk meneruskan pergerakan sesuai dengan arahan yang dikeluarkan.

 Pasukan keselamatan termasuk Maritim Malaysia semasa menjalankan kawalan di sekitar Jeti Pasar Besar di sini.
KAWAL: Pasukan keselamatan termasuk Maritim Malaysia semasa menjalankan kawalan di sekitar Jeti Pasar Besar di sini.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah semalam mengesahkan Pulau Gaya ditutup daripada sebarang aktiviti kemasukan atau keluar oleh orang awam selepas kes COVID-19 dikesan di situ.

Bertindak dengan perkara ini sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di Jeti Pasar Besar untuk mengawal pergerakan keluar masuk penduduk.

  • oleh
  • Advertisement