Anda di sini

Pemuda PAS bantu kekurangan tabung darah Hospital Besar Tawau

Advertisement
 Program derma darah Dewan Pemuda PAS Tawau dikendalikan oleh pihak Hospital Besar Tawau.
DERMA: Program derma darah Dewan Pemuda PAS Tawau dikendalikan oleh pihak Hospital Besar Tawau.

TAWAU: Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengadakan program derma darah yang dianjurkan oleh Jabatan Amal dalam rangka membantu masalah kekurangan tabung darah pihak Hospital Besar Tawau.

Ketua Pemuda PAS Tawau Ustaz Rosli Hasan berkata, Dewan Pemuda Tawau menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Pusat untuk bersama-sama membantu memberikan sumbangan kepada negara melalui menderma darah untuk bekalan tabung darah pihak Hospital daerah masing-masing.

"Perkara ini disambut baik semua ahli pemuda PAS Tawau dan dijangkakan sebanyak 25 orang yang akan tampil hari ini untuk membuat derma darah.

"Kita mengadakan secara bergilir-gilir mengikut masa yang telah ditetapkan bermula jam 8 pagi sehingga jam 3 petang sebagai langkah mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Menurutnya, walaupun sumbangan ini tidaklah terlalu besar tetapi diharapkan ianya menjadi satu impak yang baik kepada penerima yang memerlukannya kelak dan ini merupakan langkah pertama serta menjadi harapan ianya akan berterusan.

"Kami merakamkan terima kasih kepada pihak Hospital Besar Tawau kerana kesudian mengatur dan menerima kehadiran ahli-ahli dewan pemuda Pas untuk memberikan sumbangan darah.

"Kami juga menyeru semua masyarakat untuk terus patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 supaya dapat memutuskan rantaian wabak ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement