Anda di sini

MDK had operasi niaga tertentu, menutup terminal bas dan teksi

Advertisement
 Makluman MDK kepada awam.
NOTIS: Makluman MDK kepada awam.

KENINGAU: Majlis Daerah Keningau (MDK) mengambil langkah-langkah proaktif mengawal penularan COVID-19 dengan mengehadkan operasi niaga beberapa premis termasuk menutup khidmat terminal bas dan teksi.

Kenyataan MDK kepada awam menyatakan pasar dan stesen minyak beroperasi di antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang manakala pasaraya, kedai serbaneka dan restoran dibenar beroperasi di antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang.

"Langkah-langkah pengawalan ini diambil sebagai susulan keputusan Pusat Arahan COVID-19 Sabah 21 Mac lalu," menurut kenyataan itu.

Operasi terminal bas dan teksi antara daerah pula ditutup sejak 22 Mac dan berkuat kuasa sehingga 31 Mac ini.

Tinjauan penulis bebas Paul Ukau di kawasan Pekan Keningau semalam ini mendapati suasana lengang berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri 18 Mac lalu.

"Kebanyakan pengguna yang keluar membeli barangan keperluan harian kelihatannya adalah dari kalangan ketua keluarga," katanya.

Paul memerhatikan penduduk daerah ini mematuhi PKP sebagai usaha membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

Katanya, kelihatan juga kalangan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan sekatan jalan untuk memastikan kenderaan yang bergerak mematuhi larangan.

Advertisement