Anda di sini

Koleksi filem tempatan terhebat di Astro Ria sepanjang tempoh PKP

Advertisement
 Filem ‘Penanggal’ yang akan ditayangkan di Astro Ria malam ini adalah antara koleksi karya filem tempatan pecah panggung dan terhebat yang dibawakan oleh Astro khusus untuk menghiburkan para pelanggan setianya.
MALAM INI: Filem ‘Penanggal’ yang akan ditayangkan di Astro Ria malam ini adalah antara koleksi karya filem tempatan pecah panggung dan terhebat yang dibawakan oleh Astro khusus untuk menghiburkan para pelanggan setianya.

SELAKU peneraju kandungan utama yang sedia berkhidmat, Astro menerusi saluran Astro Ria terus komited dalam membawakan variasi program hiburan berkualiti tinggi untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.

Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyat untuk mematuhi arahan PKP tersebut dengan duduk di rumah, Astro Ria membawakan koleksi karya filem tempatan pecah panggung dan terhebat khusus untuk menghiburkan para pelanggan yang setia menyokong selama ini.

Bermula 23 Mac hingga 2 April 2020, barisan filem tempatan menarik bakal mengisi slot khas jam 10 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua filem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Sempena musim cuti sekolah ini juga, Astro Ria turut memberi bonus dengan membawakan filem animasi tempatan terlaris yang berjaya melakar sejarah tahun lalu, ‘Boboiboy Movie 2’ (BBBM2) pada hari Jumaat, 27 Mac ini jam 9.00 malam.

Filem animasi BBBM2 ini juga akan turut disiarkan secara serentak di lima buah saluran iaitu Astro Ria (104), Ria HD (123), Astro Ceria (611), Ceria HD (631) dan termasuklah siaran dalam format resolusi kualiti 4K UHD di saluran 780.

Filem tempatan lain yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD sepanjang tempoh PKP ini adalah ‘Penanggal’ pada malam ini, (25 Mac), ‘Dukun’ (26 Mac), ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ (30 Mac), ‘Ombak Rindu’ (31 Mac), ‘Suamiku Encik Perfect 10!’ (1 April) dan ‘Kimchi Untuk Awak’ (2 April).

Bagi memberi lebih pilihan tambah nilai, para pelanggan juga boleh menikmati akses penuh kesemua koleksi filem tempatan pelbagai genre pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan on demand tanpa sebarang caj tambahan.

Antara filem-filem  menarik yang tersenarai termasuklah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Polis Evo, The Journey, Ola Bola, You Mean The World To Me (Hai Ki Sin Lor), Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bikers Kental, Penanggal, Suamiku, Encik Perfect 10!, Kimchi Untuk Awak, Abang Long Fadil 2, Tombiruo, Busker, Ombak Rindu, KL Menjerit, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 2, Cun, Spicy Killers (Claypot Curry Killers), Kami Histeria, Dukun, Misteri Dilaila V1 & V2, Boboiboy Movie 2 serta banyak lagi.

Advertisement