Anda di sini

Everrise menghulurkan sumbangan kepada HUS

 Everrise menyerahkan sumbangan kepada wakil HUS.
PRIHATIN: Everrise menyerahkan sumbangan kepada wakil HUS.

KUCHING: Everrise di sini menghulurkan sumbangan berupa barang keperluan harian kepada Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengurus Everrise Vivacity Jessie Hee kepada ahli Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Sarawak Kevin Kiew.

Seterusnya ia akan dihantar ke Jabatan Dietetik dan Perkhidmatan Makanan HUS sebelum diedarkan kepada kakitangan perubatan serta kakitangan yang dikuarantin di HUS.

Ini adalah usaha yang dilakukan Everrise untuk membantu pasukan barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka melawan wabak COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Advertisement