Anda di sini

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-16

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan satu lagi kes kematian akibat COVID-19 malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 16 orang. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, individu lelaki itu merupakan kes ke-1334, seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik. 

Dr Noor Hisham menjelaskan warga emas itu telah mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

 "Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan," menurutnya. - Bernama 

Advertisement