Anda di sini

COVID-19: Bola sepak profesional di Sepanyol ditangguh

Advertisement
 Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi (kiri) berdepan asakan hebat daripada pemain Sociedad, Ander Guevara ketika bersaing pada perlawanan La LIga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona dalam gambar fail bertarikh 7 Mac lepas. — Gambar AFP
TIADA AKSI LA LIGA: Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi (kiri) berdepan asakan hebat daripada pemain Sociedad, Ander Guevara ketika bersaing pada perlawanan La LIga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona dalam gambar fail bertarikh 7 Mac lepas. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: La Liga Sepanyol, ekoran satu pertemuan dengan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), mengumumkan penangguhan bola sepak profesional di Sepanyol sehingga satu masa yang tidak dipastikan ekoran penularan pandemik koronavirus (COVID-19).

Liga berkata dalam satu kenyataan Isnin lepas di mana ia tidak akan menyambung semula perlawanan sehingga kerajaan Sepanyol berkata ia adalah selamat untuk dilakukan.

“Suruhanjaya pemantauan diwujudkan oleh Perjanjian Penyelarasan La Liga – RFEF bersetuju untuk menggantung pertandingan bola sepak profesional sehingga pihak berkuasa Kerajaan Sepanyol dan Pentadbiran Negeri menganggap bahawa ia boleh diteruskan tanpa mewujudkan sebarang risiko kesihatan,” kata kenyataan.

“RFEF dan La Liga mahu menyuarakan penghargaan kepada semua yang mengabadikan usaha terbaik mereka memberikan perkhidmatan penting kepada rakyat Sepanyol dan juga berkongsi ucapan takziah kepada mereka yang meninggal dunia dan salam dari seluruh dunia sukan kepada banyak keluarga yang kehilangan orang yang tersayang.”

La Liga pada awalnya ditangguh selama dua minggu pada 12 Mac, dengan rancangan sebelum ini untuk melangsungkan perlawanan tanpa penonton telah dibatalkan ketika krisis COVID-19 semakin meruncing.

Keadaan semakin buruk sejak itu, dengan Sepanyol bergelut menangani penularan virus ini.

Angka terbaharu diperolehi Isnin lepas mendedahkan terdapat hampir 30,000 kes di negara itu dan hampir 2,000 kematian disahkan.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, mengumumkan hujung minggu lepas di mana negara itu akan terus dalam perintah berkurung sehingga sekurang-kurangnya 11 April, menjadikan ia mustahil untuk bola sepak kembali disambung dalam masa terdekat.

Presiden La Liga, Javier Tebas, ada mencadangkan pertengahan bulan Mei sebagai kemungkinan tarikh untuk menyambung semula liga tetapi sumber liga memberitahu penyiaran ESPN di mana mereka tidak mahu memberikan sebarang tarikh sehingga situasi di Sepanyol dipulihkan.

Beberapa kelab La Liga terkesan dengan COVID-19. Valencia – yang bermain di Milan pada bulan Februari, salah sebuah bandar raya di pusat penularan virus di Itali – berkata bahawa 35 peratus pemain senior dan kakitangannya dijangkiti COVID-19.

Kelab Alves mengesahkan 15 kes di kalangan pemain dan kakitangan sementara kelab Espanyol berkata ada enam kes di kelab (empat pemain dan dua kakitangan).

Pemain Real Madrid diletakkan dalam kuarantin pada awal bulan ini apabila seorang pemain bola sepak di kelab itu disahkan positif COVID-19. Bekas presiden kelab, Lorenzo Sanz, meninggal dunia minggu lepas kerana COVID-19.

Dengan semua aktiviti bola sepak terhenti, termasuk pertandingan di Eropah, kelab-kelab Sepanyol kini bimbang bagaimana pandemik ini akan menjejaskan kewangan mereka.

Malah Barcelona, salah sebuah kelab terbesar liga, bimbang mereka akan terkesan. Barcelona malah menimbangkan untuk meminta pemain menerima potongan gaji untuk sementara waktu, menurut sumber ESPN minggu lepas. — AFP

Advertisement