Anda di sini

China umum tarik balik sekatan perjalanan di Hubei, termasuk Wuhan

Advertisement
 Pekerja asing bersama keluarga mereka berbaris untuk menaiki kereta api khas ke Shenzhen, di Yichang, wilayah tengah Hubei kelmarin. China mengumumkan sekatan perjalanan ditarik balik di wilayah tersebut selepas perintah berkurung selama dua bulan untuk membendung COVID-19. — Gambar AFP
TIADA LAGI SEKATAN: Pekerja asing bersama keluarga mereka berbaris untuk menaiki kereta api khas ke Shenzhen, di Yichang, wilayah tengah Hubei kelmarin. China mengumumkan sekatan perjalanan ditarik balik di wilayah tersebut selepas perintah berkurung selama dua bulan untuk membendung COVID-19. — Gambar AFP

BEIJING: China semalam mengumumkan perintah berkurung akan ditarik balik ke atas lebih 50 juta penduduk di wilayah tengah Hubei di mana Novel Koronavirus (COVID-19) pertama kali muncul pada hujung tahun lepas.

Namun kebimbangan me-ningkat mengenai gelom-bang jangkitan kedua yang didorong oleh orang yang tiba dari seberang laut.

Selepas dua bulan hidup dengan kekangan teruk ke atas kehidupan harian, penduduk dibenarkan untuk meninggalkan Hubei pada tengah malam semalam jika mereka sihat, manakala bandar raya Wuhan – pusat tumpuan utama pertama bagi wabak itu – akan menamatkan sekatan bermula 8 April.

Wilayah itu mengarahkan penutupan pada Januari lalu tetapi sudah perlahan-lahan melonggarkan peraturan dan membenarkan rakyat untuk bergerak dalam Hubei dan kembali bekerja.

Orang yang ingin keluar masuk Hubei atau Wuhan dapat berbuat demikian selagi mereka ada kod kesihatan “hijau” yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Namun sekolah di wilayah itu akan terus ditutup.

Kes baharu sudah menurun dengan dramatik sejak sebulan lepas, walaupun jangkitan tempatan pertama dalam tempoh hampir seminggu dilaporkan di Wuhan semalam, selain tiga kes di tempat lain di negara itu.

Namun perangkaan itu kecil sahaja jika dibanding-           kan dengan kes import, yang mencapai 74 di seluruh negara semalam – trend yang me-nimbulkan keresahan tentang kemungkinan berlakunya gelombang jangkitan kedua ketika pihak berkuasa dipercayai semakin berjaya me- ngawal wabak di negara itu.

Tujuh orang lagi mati, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara, semuanya di Wuhan.

Kes import sebanyak 74 itu adalah yang paling ba-nyak sejak pegawai mula melaporkan data pada awal Mac, dan jumlah itu hampir dua kali ganda jumlah yang dilaporkan kelmarin.

Sementara negara lain di dunia berusaha untuk membendung pandemik itu, yang kini sudah mengorbankan lebih 16,500 orang di seluruh dunia, jumlah keseluruhan kes import di China sudah melonjak kepada 427.

Banyak bandar melaksanakan peraturan ketat untuk menguarantin orang yang baharu tiba, dan semua penerbangan antarabangsa ke Beijing telah dilencongkan ke pusat bandar lain di mana penumpang disaring untuk virus berkenaan.

Pihak berkuasa di Beijing semalam berkata sesiapa yang memasuki China menerusi bandar lain dan kemudian pergi ke ibu negara sejak dua minggu lepas juga akan diuji untuk virus itu dan diarah memasuki kuarantin.

Shanghai dan Beijing ma-sing-masing melaporkan jangkitan tempatan semalam yang datang daripada seorang pesakit import.

Media kerajaan memberi amaran tentang gelombang kedua dari luar negara, dan akhbar nasionalis Global Times berkata di muka depannya “langkah kuarantin yang tidak memadai” bermakna ia “berkemungkinan besar, malah tidak dapat dielakkan”.

Sekarang terdapat lebih 81,000 kes di China dan bilangan kematian sudah mencecah 3,277. — AFP

Advertisement