Anda di sini

United, Chelsea, Arsenal dan Spurs berminat dapatkan khidmat Coutinho

Advertisement
 Coutinho (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan seapsukan ketika membantu Liverpool menewaskan  Blackburn Rovers 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala FA di Ewood Park, Blackburn dalam gambar fail bertarikh 8 April 2015.  — Gambar AFP
JADI BURUAN: Coutinho (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan seapsukan ketika membantu Liverpool menewaskan Blackburn Rovers 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala FA di Ewood Park, Blackburn dalam gambar fail bertarikh 8 April 2015. — Gambar AFP

LONDON, England: Kelab Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur sudah bertanya tentang mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Brazil, Philippe Coutinho dari kelab Barcelona pada akhir musim ini.

Coutihho ketika ini dipinjamkan untuk satu musim di kelab Bayern Munich dalam tetapi juara bertahan Bundesliga Jerman itu dilaporkan enggan membayar yuran 100 juta pound yang dituntut Barcelona untuk satu perpindahan tetap.

Seperti yang dilaporkan akhbar The Mirror, ada banyak perhatian dari kelab-kelab dalam Liga Perdana Inggeris untuk khidmat Coutinho, yang sebelum ini pernah beraksi bersama Liverpool di antara 2013 dan 2018.

Coutinho berpindah ke Barcelona pad 2018 tetapi pemain tengah itu bergelut menyesuaikan diri di Nou Camp, menyebabkan beliau mencari perpindahan pinjaman ke Bayern.

Semasa di Barca, Coutinho membuat 76 penampilan, menjaringkan 21 gol dan mengumpan 11 gol.

Beliau juga dilaporkan mendapat perhatian dari Inter Milan, kelab di mana beliau memulakan karier senior beliau.

Pada usia 27 tahun dan berupaya membuat impak besar sebagai pemain tengah serangan atau pemain sayap, Coutinho mampu memberikan banyak potensi kepada kelab baharu dan mungkin juga berminat untuk kembali beraksi dalam Liga Perdana.

Musim ini, beliau menjaringkan lapan gol dan mengumpan enam gol dari 22 perlawanan bersama Bayern. — AFP

Advertisement