Anda di sini

PKP: 650 pelajar Politeknik Mukah perlu bantuan makanan

Advertisement
Politeknik Mukah - Gambar Facebook
Politeknik Mukah Sarawak - Gambar Facebook

MUKAH: Seramai 650 pelajar Politeknik Mukah (PMU) memerlukan bantuan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa ketika ini.

Perkara itu dinyatakan oleh jurucakap Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian Kaunselor Felix Pieng kepada Utusan Borneo hari ini.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo bersetuju memberikan bantuan makanan bermula esok.

"Kita difahamkan ramai ibu bapa kepada pelajar tidak dapat menghantar wang kepada anak mereka ketika PKP," katanya.

Ini kerana ada antara keluarga mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, dan tidak dibenarkan keluar ketika ini.

Bantuan makanan akan diberikan secara tiga kali sehari dan berjumlah RM13 untuk seorang.

Bantuan juga akan diberikan sehingga adanya bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Perkara turut disahkan Timbalan Pengarah Akademik PMU, Iskandar Reduan.

Katanya, seramai 605 pelajar masih tinggal di asrama sejak PKP berkuat kuasa 18 Mac lalu, terdiri daripada 316 lelaki dan 289 perempuan.

  • oleh
  • Advertisement