Anda di sini

Lima kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini

Advertisement
Statistik kluster COVID-19 pada 24 Mac 2020.
Statistik kluster COVID-19 pada 24 Mac 2020.

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan lima lagi kes baharu positif COVID-19 menjadikan 87 kes sejak yang pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata daripada lima kes baharu tersebut dua disaring atau dirawat di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu (dua) dan Hospital Miri (1).

JPBN Sarawak juga memberitahu pada hari ini, 52 kes baharu Orang Dibawah Siasatan (PUI) COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 879 kes.

"Daripada jumlah tersebut, 735 adalah negatif, dan 57 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

"Sehingga kini, Sarawak telah merekodkan lima kematian sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac lalu," kata kenyataan itu.

Advertisement