Anda di sini

Koeman sekali lagi menyuarakan keinginan untuk bimbing Barcelona

KOEMAN
KOEMAN

LONDON, England: Jurulatih kebangsaan Belanda, Ronald Koeman, sekali lagi menyuarakan keinginan beliau untuk membimbing bekas kelabnya, Barcelona, suatu hari nanti.

Koeman menikmati karier paling berjaya beliau di kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu dengan memenangi empat kejuaraan La Liga Sepanyol dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara sepanjang enam musim dari 1989 hingga 1995. Beliau juga dianggap salah seorang pemain pertahanan dengan rekod gol dalam sejarah bola sepak.

Beliau kerap menyuarakan keinginan untuk kembali ke Nou Camp suatu hari nanti sebagai jurulatih dan memiliki klausa khas dalam kontrak semasa yang membolehkan beliau untuk ‘berpindah’ ke Barcelona.

Koeman mengakui Barca ada menghubunginya tetapi bekas pengurus kelab Everton itu berkata masa tidak begitu tepat ketika itu.

“Barcelona ada menghubungi saya selepas pemecatan (Ernesto) Valverde,” kata beliau.

“Bagaimanapun, saya menolak kerana komitmen saya kepada pasukan Belanda tetapi selepas kejohanan Eropah (Euro), saya mempunyai peluang untuk menilai semula situasi.

“Di Barcelona, saya menikmati peringkat terbaik dalam karier saya sebagai pemain bola sepak, dan saya juga menyukai bandar raya itu. Saya berharap suatu hari nanti saya akan dapat membimbing Barcelona.”

Kontrak Koeman bersama pasukan kebangsaan Belanda adalah sehingga 2022 untuk Piala Dunia di Qatar tetapi memiliki “klausa khas Barcelona” yang boleh menamatkannya lebih awal atau jika usaha melanjutkan kontrak bersama Belanda.

Jurulatih semasa Barca, Quique Setien, ketika ini berdepan tekanan untuk degan tugasnya di kelab walaupun dijangka akan terus memegang jawatannya untuk musim hadapan. — AFP

Advertisement