Anda di sini

Maxis komited bantu pelanggan kekal berhubung

Advertisement
 

KUCHING: Maxis sedar akan kepentingan rangkaian sambungannya dan bersedia untuk membantu pelanggan terus berhubung apabila pergerakan dihadkan dan rakyat dipisahkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu.

Maxis dalam kenyataan medianya berkata, pelbagai langkah diambil untuk memastikan rangkaian tetap dan mudah alihnya kekal tidak terganggu bagi membolehkan kehidupan dan perniagaan berjalan seperti biasa dalam memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, sememangnya kita sekarang sedang mengalami keadaan yang luar biasa.

“Dalam masa yang sama, kita beruntung kerana berada di era di mana teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan kita boleh terus memanfaatkan kuasa teknologi dan kesambungan untuk membantu kita mengatasi banyak cabaran.

“Oleh itu, Maxis komited untuk memainkan peranan dalam membantu pelanggan kekal berhubung dan meneruskan kehidupan dan perniagaan tanpa gangguan, pada masa yang sukar ini,”  katanya dalam kenyataan media semalam.

Berkuat kuasa 19 Mac sehingga diberitahu oleh pihak berkuasa, kedai Maxis akan ditutup buat sementara termasuk Maxis Centers dan Maxis Exclusive Partner.

Pelanggan Maxis masih dapat mengakses perkhidmatan melalui kios layan diri 24 jam, pusat panggilan, laman web serta melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex yang telah dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan tambah nilai dan pembelian melalui perbankan dalam talian, e-wallet atau kad kredit.

Maxis terus meletakkan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan masyarakat umum sebagai keutamaannya.

Di samping berusaha memenuhi lonjakan peningkatan hubungan dan keperluan premis kritikal di seluruh negara, Maxis juga menawarkan beberapa inisiatif untuk membantu para pelanggan mengakses maklumat terkini tentang keadaan, mengehadkan pergerakan mereka dan meneruskan kehidupan dan bekerja dari rumah.

 

Selain itu, Maxis tidak akan meletakkan sebarang caj data untuk pelanggan yang melayari laman web terpilih untuk maklumat terkini dari 21 hingga 31 Mac atau hingga diberitahu kelak

Antaranya termasuk Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC), yang berada di bawah Kementerian Kesihatan, semua Jabatan Kesihatan Negeri di negara ini, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sementara itu, pelanggan Maxis juga boleh menghubungi nombor hotline CRPC serta nombor telefon Jabatan Kesihatan Negeri tanpa sebarang caj sepanjang tempoh ini.

Panggilan tanpa caj akan berkuat kuasa dari Selasa, 24 Mac.

Maxis juga memahami bahawa pelanggannya perlu terus berhubung terutama dengan rakan dan keluarga melalui panggilan suara dan video, mesej atau media sosial.

Duduk di rumah mungkin menjadi penghalang untuk tambah nilai dan terus menikmati perhubungan Internet.

Oleh itu, Maxis menggalakkan pelanggan untuk mengguna aplikasi MyMaxis dan Hotlink RED untuk kemudahan.

Antaranya ialah percuma 3GB pas Internet mudah alih untuk semua pelan Maxis, Maxis Business dan Hotlink Postpaid mulai 27 Mac, dan tambah nilai digital yang mudah dengan pulangan tunai sehingga 30 peratus.

Selain itu, mata ganjaran Hotlink Rewards yang boleh ditebus untuk Internet percuma, percuma 20GB data dengan pembelian HotlinkMU mulai 23 Mac dan SOS Top Up untuk setiap pelanggan yang memerlukan.

Bagi memenuhi keperluan majoriti yang bekerja dari rumah atau berkomunikasi merentasi sempadan dengan rakan niaga dan rakan sekerja dari jauh, Maxis memberikan beberapa ujian peggunaan untuk penyelesaian kerjasama dan mobiliti penting.

Ia termasuk langganan enam bulan percuma di Managed UC dan percubaan penggunaan percuma selama dua bulan untuk perkhidmatan konvergen mudah alih melalui App Voice Connect.

Untuk mengetahui lebih lanjut inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Maxis, para pelanggan boleh melawat laman web www.maxis.com.my/stayhomestayconnected www.hotlink.com.my atau menelefon 123 atau 1 800 82 1123.

Maxis menggalakkan rakyat Malaysia untuk terus menjaga kesihatan, keselamatan dan terus berhubung.

  • oleh
  • Advertisement