Anda di sini

Golongan B40 Sarawak dapat bantuan khas RM250 sebulan sehingga September  

Advertisement
Gambar hiasan

KUCHING: Golongan berpendapatan rendah dari kumpulan B40 di negeri akan menerima bantuan tunai sebanyak RM250 sebulan bagi meringankan beban kewangan kesan COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bantuan ini akan diberikan selama enam bulan dari April hingga September 2020 di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang. 

“Bantuan ini akan memanfaatkan 430,000 rakyat B40 di negeri dan mereka akan menerima sebanyak RM1,500 untuk tempoh enam bulan. 

“Pendekatan ini akan memberi kos sebanyak RM645 juta kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media pengumuman pakej bantuan khas tersebut di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. 

Tambah Abang Johari, pemberian bantuan selama enam bulan ini dibuat selepas mengambil kira kesan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) kepada rakyat. 

“Meskipun MCO dilaksanakan untuk tempoh dua minggu, tetap kesannya kepada rakyat enam bulan. 

“Kita tidak mahu rakyat kita terbeban selepas tempoh MCO berakhir dan mereka mengambil masa enam bulan untuk kembali normal,” katanya. 

Dalam pada itu permohonan bagi bantuan khas ini B40 boleh adalah berdasarkan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Bantuan katanya akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap bulan selama enam bulan bermula April hingga September 2020. 
 

  • oleh
  • Advertisement