Anda di sini

Ops COVID-19: 2,200 diperiksa, 330 diarah pulang rumah

Advertisement
 Nasri bersama pasukan yang membuat sekatan jalan raya.
TERATUR: Nasri bersama pasukan yang membuat sekatan jalan raya.

 

LAHAD DATU: Hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah penyebaran COVID-19 merekodkan seramai 2,200 individu diperiksa dalam Ops COVID-19 di sini.

Daripada jumlah itu, operasi yang dikuatkuasakan pasukan keselamatan yang diselaras Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menghalau 330 individu setelah didapati memberi alasan tidak munasabah keluar di rumah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, tidak ada tangkapan dilakukan setakat ini mengikut Akta Polis 1967 yang boleh diambil terhadap individu didapati ingkar arahan PNK selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Daripada laporan yang kita terima, masih lagi ramai yang berkeliaran di luar rumah, tempat-tempat awam dan sebagainya.

"Untuk itu, dengan segera saya telah mengarahkan semuanya balik ke rumah masing-masing," katanya di sini.

PDRM Lahad Datu menerusi Ops COVID-19 menguatkuasa PKP dengan mengaktifkan kawalan 24 jam sekatan jalan raya dan 13 pasukan ke seluruh kampung dan taman perumahan.


 

Advertisement