Anda di sini

Bekas presiden Real Madrid meninggal dunia akibat COVID-19

Advertisement
 
Lorenzo Sanz membantu menganjurkan mesyuarat 14 kelab terbesar Eropah di Madrid pada 1998 - Gambar fail AFP
Lorenzo Sanz membantu menganjurkan mesyuarat 14 kelab terbesar Eropah di Madrid pada 1998 - Gambar fail AFP

MADRID: Bekas presiden kelab bola sepak Real Madrid Lorenzo Sanz meninggal dunia pada Sabtu pada usia 76 tahun akibat COVID-19.

Menurut agensi berita Xinhua, memetik media Sepanyol, Sanz telah dimasukkan ke hospital di Madrid pada Selasa, kemudian disahkan dijangkiti COVID-19.

"Hari ini, kita semua berkabung sebagai menghormati kematian presiden yang telah mendedikasikan sebahagian hidupnya untuk Real Madrid," kata kelab itu.

Beliau menjadi presiden dari 1995 hingga 2000. - Bernama 

Advertisement