Anda di sini

Pasukan Smart Bah sediakan portal terkini penularan COVID-19 di Sabah

Advertisement
 Mazrie (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan Smart Bah.
KENANGAN: Mazrie (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pasukan Smart Bah.

KOTA KINABALU: Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat tepat mengenai penularan wabak COVID-19 menerusi laman sesawang https://www.sabahalerts.com .

Pengarah Urusan Smart Bah Technology Sdn Bhd Mazrie Mahat berkata, pihaknya sudah melancarkan laman sesawang berkenaan pada 12 Mac lalu ketika Sabah merekodkan kes positif pertama COVID-19 di Tawau.

"Kami adalah syarikat membangunkan perisian serta analisis data di Kota Kinabalu. Laman sesawang berkenaan akan memaparkan kes terkini COVID-19 di seluruh daerah Sabah.

"Sumber maklumat adalah diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, maklumat tepat sangat penting pada ketika ini bagi mengurangkan keadaan panik dan suasana yang tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

Katanya, banyak maklumat yang kurang tepat ditularkan dalam internet atau media sosial tetapi menerusi SabahAlerts Covid-19 Live Trackers, ia membolehkan komuniti melihat sendiri keadaan penularan wabak berkenaan di sini.

"Live tracker ini kini sudah diakses hampir 200,000 kali sejak ianya dimuat naik ke laman sesawang.

"Selain itu, pasukan Smart Bah juga akan menyampaikan maklumat dalam bentuk gambar rajah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau berharap portalnya itu mampu memberikan faedah kepada semua komuniti di Sabah dalam  usaha mereka menyediakan diri untuk mencegah COVID-19 daripada menular.

  • oleh
  • Advertisement