Anda di sini

Lelaki hilang dibaham buaya 

Advertisement
 Anggota bomba sedang membuat SAR mencari lelaki hilang dibaham buaya.
CARI DAN MENYELAMAT: Anggota bomba sedang membuat SAR mencari lelaki hilang dibaham buaya.

KINABATANGAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di Danau Tanjung Bulat Jungle Camp Kinabatangan, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba (PPB) Nurul Azlan Shah berkata mangsa berumur 20-an merupakan pekerja di Danau Tanjung Bulat Jungle Camp.

“Pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melibatkan mangsa dikhuatiri dibaham buaya melalui talian balai,  jam 11.07 pagi di kawasan tersebut.

Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik,  sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan utiliti pacuan empat roda pelbagai guna. 

Azlan telah mengetuai pasukan berkenaan bersama sembilan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian. 

Menurutnya,  saksi di tempat kejadian mendapati mangsa telah dibaham buaya semasa melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan sungai tersebut. 

“Pasukan penyelamat seterusnya menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dengan melakukan surface searcing sejauh 4 kilometer hingga 5 kilometer dari lokasi terakhir mangsa hilang namun gagal menemui mangsa,” katanya. 

Azlan berkata pihaknya menangguhkan SAR lebih kurang jam 6.16 petang dan akan menyambung semula pagi esok.

  • oleh
  • Advertisement