Anda di sini

Tanggungjawab bersama memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19

Advertisement
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  pada 10 Mac 2020, menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan menekankan, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit ini dan negara-negara, termasuk Malaysia turut sama mengikuti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 10 Mac 2020, menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan menekankan, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit ini dan negara-negara, termasuk Malaysia turut sama mengikuti.

DENGAN laporan terkini pada 19 Mac 2020 mengenai COVID-19 di seluruh dunia berjumlah 219,237 dan kematian sebanyak 8,967, virus ini telah menemui pijakan di setiap benua kecuali Antartika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  pada 10 Mac 2020, menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan menekankan, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit ini dan negara-negara, termasuk Malaysia turut sama mengikuti.

 Jangan  hadir sebarang acara yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang atau lebih senang difahami, duduk sahaja di rumah diam-diam, jangan ke mana-mana apatah lagi keluar dari zon tempat tinggal anda sekarang ini.
PERINGATAN: Jangan hadir sebarang acara yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang atau lebih senang difahami, duduk sahaja di rumah diam-diam, jangan ke mana-mana apatah lagi keluar dari zon tempat tinggal anda sekarang ini.

Pengisytiharkan wabak koronavirus novel pandemic, menggambarkan keadaan sebagai pandemik tidak mengubah penilaian WHO tentang ancaman yang ditimbulkan oleh coronavirus ini, ia sekali gus menegaskan penularan dan keadaan wabak ini yang teruk sekali adalah sangat membimbangkan.

Dalam dunia perubatan, Pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Pandemik menggambarkan penyakit berjangkit di mana kita melihat orang jatuh sakit berterusan tersebar di banyak negara di seluruh dunia pada masa yang sama. Kali terakhir pandemik berlaku pada tahun 2009 dengan selesema babi, yang pakar fikir membunuh ratusan ribu orang.

Pandemik adalah lebih cenderung jika virus itu baru, dapat menjangkiti orang dengan mudah dan dapat menyebar dari orang ke orang dengan cara yang efisien dan berkekalan. Tanpa vaksin atau rawatan yang boleh menghindarinya, mengandungi penyebarannya adalah penting.

 Bukan sekadar kakitangan atau staf , malah alatan sokongan seperti barangan pakai buang, ubat-ubatan, ventilator, bilik ICU juga tidak mencukupi untuk menampung pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.
PENJAGAAN: Bukan sekadar kakitangan atau staf , malah alatan sokongan seperti barangan pakai buang, ubat-ubatan, ventilator, bilik ICU juga tidak mencukupi untuk menampung pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.

WHO khuatir dengan tahap penularan dan keadaan wabak ini yang teruk, serta tindakan tidak mencukupi yang membimbangkan, WHO bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus negara yang gagal mengambil tindakan mencukupi mahupun menjelaskan pendekatan lanjut diperlukan.

Adakah Malaysia dianggap sebagai satu satu negara yang  dikuatiri WHO? Siapa yang makan lada dia akan rasa pedasnya. Ternyata sebulan yang lalu, kerajaan kita lebih cenderung kepada keadaan politik daripada keselamatan rakyat.

Hari ini kita bersyukur, kerajaan sudah bertindak dengan serius. Dalam keadaan yang membimbangkan dan tidak menentu, adalah lebih baik lewat daripada tidak pernah.

Seperti WHO, Malaysia menekankan bahawa semua kita perlu mengambil tindakan segera dan agresif untuk mengekang serta memerangi virus berkenaan.

Menurut WHO pandemik virus sekarang ini tidak perna dicetuskan oleh coronavirus sebelum ini. Jumlah kes COVID-19 di luar China meningkat 13 kali ganda dalam tempoh dua minggu pada mulanya, manakala bilangan negara yang terkesan bertambah tiga kali ganda.

Iran dan Itali muncul negara paling terkesan di Asia Barat serta Eropah dengan masing-masing mencatatkan kes yang mendedak dengan kematian yang menakutkan.

Pada masa ini Itali dan Iran sedang berada ‘di barisan hadapan’ dan menderita akibat penularan wabak itu.

 Virus tidak memilih mangsa, malah bintang filem terkenal, Tom Hanks dan isteri Rita Wilson dilaporkan positif COVID-19.
TIDAK KIRA SIAPA: Virus tidak memilih mangsa, malah bintang filem terkenal, Tom Hanks dan isteri Rita Wilson dilaporkan positif COVID-19.

Memandang serius terhadap gejala virus COVIT 19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, secara rasmi mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 akan berkuat kuasa pada tanggal 17 Mac.

Beliau terus mengarahkan agar menghentikan semua aktiviti yang tidak perlu hingga 31 Mac ini untuk mengekang penyebaran virus COVID-19 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Pesanan ini merangkumi larangan himpunan awam termasuk acara agama, sukan, sosial dan kebudayaan kecuali untuk pasar basah, pasar raya, kedai runcit dan tempat lain yang menjual keperluan harian.

Keputusan kerajaan mengisytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18 hingga 31 Mac merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19 di Malaysia.

 Kementerian Kesihatan melaksanakan pelbagai cara memberi nasihat dan panduan kepada orang ramai mengenai pencegahan virus COVID-19.
PANDUAN: Kementerian Kesihatan melaksanakan pelbagai cara memberi nasihat dan panduan kepada orang ramai mengenai pencegahan virus COVID-19.

Sudah tiba masa masyarakat melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing terutama mematuhi semua arahan serta larangan yang ditetapkan sepanjang tempoh sekatan ini berkuat kuasa.

Sesiapa yang melanggar peruntukan peraturan ini melakukan kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Hari ketiga selepas Perintah Kawalan Pergerakan di keluarkan,  dengan bodohnya, sesetengah pihak masih ingkar termasuk makan dan minum  di restoran di kawasan Petaling Jaya dan juga kelihatan di Kapayan Sabah.

 KKM meminta mereka yang menghadiri perhimpunan 'tabligh' di Masjid Sri Petaling Jamek, baru-baru ini untuk menjalani saringan COVID-19.
JALANI SARINGAN: KKM meminta mereka yang menghadiri perhimpunan 'tabligh' di Masjid Sri Petaling Jamek, baru-baru ini untuk menjalani saringan COVID-19.

Majlis Keselamatan Negara menerusi soal jawab soalan lazim dua malam yang lalu  menyatakan kedai makan dan restoran hanya boleh memenuhi perkhidmatan penghantaran makanan seperti GrabFood, Foodpanda dan lain-lain tetapi perlu tegas melarang pelanggan makan di premis.

Memang Malaysia jarang-jarang dilanda situasi meruncing dan kritikal seperti sekarang ini, dan menyebabkan rakyat Malaysia seolah-olah hilang punca sehingga membuat tindakan yang langsung tidak membantu mencegah wabak ini daripada terus membiak dengan rakusnya.

Diakui juga tindakan kerajaan amat penting dalam memerangi wabak COVID-19  ini daripada terus mencatatkan peningkatan kes.

Namun, kita juga sedia maklum kerajaan terpaksa melalui banyak prosedur untuk mengumumkan sesuatu pelan tindakan dan virus ini tidak mungkin akan menunggu walau sesaat untuk menyerang.  Bila bila masa saja, COVID-19  mungkin akan terus berkuasa mensasarkan sesiapa sahaja yang berkenaan.

Ditambah dengan sikap degil dan tidak memberi kerjasama oleh rakyat kita meluaskan lagi peluang wabak ini untuk bermaharajalela.

Kepada kawan kawan kita yang tidak menghiraukan tanggung jawap social, Malaysia mungkin mengalami kesan gelombang ketiga wabak COVID-19 seperti tsunami jika tidak mematuhi peraturan jarak social. Andainya wabak ini terus menular tanpa batasan, seperti yang berlaku di negara Itali, tidak mustahil negara akan diistihar darurat.

Bukan sekadar kaki tangan atau staf , malah alatan sokongan seperti disposable items atau barangan pakai buang, ubat-ubatan, ventilator, bilik icu juga tidak mencukupi untuk menampung pesakit Covid-19 yang semakin meningkat.

Ini belum dikira pesakit lain yang perlu dibedah segera, pesakit jantung dan sebagainya yang pastinya menambah beban hospital. Betapa kucar kacirnya keadaan hospital waktu itu dengan jumlah doktor dan jururawat yang terhad.  

Agak-agak siapa yang akan diberi keutamaan? Bolehkah anda bayangkan? Yang paling kita takuti adalah risiko pesakit berjangkit ini tidak dirawat amatlah tinggi.

Kakitangan dan peralatan tidak lagi mencukupi untuk menyelamatkan mangsa. Jadi, adakah mereka ini akan dibiarkan ‘mati’ begitu sahaja? Anda fikirkan sendiri.

Kita mempunyai tanggung jawap untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 seperti yang diterangkan oleh Dr Yazeed Hairi menerusi laman blognya. Dalam waktu kritikal seperti sekarang, rakyat Malaysia  perlu memberi kerjasama. Setiap orang perlu berfikir dan bertindak dengan bijak.

Jika arahan kerajaan tidak menyeluruh, gunakan akal yang cerdik dan maklumat yang ada untuk membuat tindakan bijak. Matlamatnya sekarang untuk tidak meningkatkan potensi virus bercambah.

 Kita harus mengikut nasihat pihak berkuasa mengenai langkah pencegahan yang perlu diambil.
LANGKAH PENCEGAHAN: Kita harus mengikut nasihat pihak berkuasa mengenai langkah pencegahan yang perlu diambil.

Dalam erti kata yang mudah, jangan lagi menghadiri sebarang acara yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang atau lebih senang difahami, duduk sahaja di rumah diam-diam, jangan ke mana-mana apatah lagi keluar dari zon tempat tinggal anda sekarang ini.

Bukan lama pun, dua minggu sahaja untuk membolehkan rantaian virus ini dilumpuhkan, sementara belum ada vaksin yang ditemui yang dapat memerangi wabak ini. Hanya inilah langkah terbaik yang boleh dijalankan.

Masih sukarkah untuk difahami dan dilakukan? Berjaga-jagalah demi keselamatan diri dan keluarga.

Advertisement