Anda di sini

AS, Britain umum pakej rangsangan ekonomi besar-besaran

Advertisement
 Seorang wanita dilihat menolak troli sarat dengan barang keperluan harian di sebelah                    para-para yang kosong di sebuah pasar raya ketika wabak COVID-19 berterusan merebak                                 di seluruh Amerika Syarikat. AS dan Britain kelmarin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi besar-besaran untuk menopang ekonomi yang kucar-kacir akibat COVID-19. — Gambar AFP
KOSONG: Seorang wanita dilihat menolak troli sarat dengan barang keperluan harian di sebelah para-para yang kosong di sebuah pasar raya ketika wabak COVID-19 berterusan merebak di seluruh Amerika Syarikat. AS dan Britain kelmarin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi besar-besaran untuk menopang ekonomi yang kucar-kacir akibat COVID-19. — Gambar AFP

PARIS: Amerika Syarikat (AS) dan Britain menerajui usaha global bernilai berbilion dolar untuk meng-atasi keadaan ekonomi yang kucar-kacir disebabkan oleh Novel Koronavirus (COVID-19) manakala Kesatuan Eropah (EU) menutup sempadannya kepada orang dari luar selama 30 hari untuk membendung penularan pandemik itu yang ganas.

Langkah menyeluruh itu, yang tidak pernah dilihat pada waktu aman, telah menterbalikkan masyarakat di seluruh dunia dan menggegarkan pasaran kewangan yang bimbang mengenai kemelesetan global.

Wabak COVID-19, yang pertama kali muncul di China pada hujung tahun lepas, telah merebak dengan cepat di seluruh dunia, menjangkiti hampir 200,000 orang dan membunuh 7,900 lagi sementara kerajaan berusaha sedaya upaya untuk mengawalnya.

Ekoran kritikan bahawa mereka mengurus tindakan krisis dengan salah, London dan Washington kelmarin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi besar-besaran.

Presiden Donald Trump berkata Rumah Putih sedang membincangkan rang undang-undang perbelanja-an “yang tinggi” dengan Kongres termasuk bayaran tunai segera kepada rakyat Amerika.

Pegawai kerajaan tidak memberikan angka sebenar tetapi akhbar The Wa-shington Post melaporkan jumlah itu boleh mencapai AS$850 bilion (RM3.4 tri-lion), dengan jumlah besar diperuntukkan bagi syarikat penerbangan yang dikhuatiri akan terbengkalai.

“Kita akan menjalankan usaha besar-besaran,” kata Trump kepada pemberita.

Menteri Kewangan Britain Rishi Sunak turut meng-umumkan “pakej luar biasa” bagi pinjaman yang disokong oleh kerajaan bernilai 330 bilion pound (RM1.98 tri-lion) untuk perniagaan yang menghadapi masalah dalam kelumpuhan ekonomi yang mendadak disebabkan oleh kuarantin diri secara besar-besaran.

Perancis menjanjikan pakej bantuan bernilai 45 bilion euro (RM270 bilion).

Sementara itu Canselor Jerman Angela Merkel mengesahkan “larangan kemasukan” selama 30 hari ke dalam EU.

Negara-negara Eropah sudah pun dalam keadaan berkurung dalaman hampir sepenuhnya, dan Belgium memulakan tempoh berkurung bermula semalam sehingga sekurang-kurangnya 5 April.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa “tindakan paling berani” di benua itu, pusat utama ter-baharu bagi pandemik itu.

Di AS, sekatan terus me-ningkat, dengan Maryland yang menjadi negeri terbaharu untuk menangguhkan pemilihan calon presiden peringkat negeri manakala New York City sedang me-nimbang perintah berkurung.

Australia menggesa rakyat untuk tidak pergi ke luar negara, dan melarang perhimpunan melebihi 100 orang.

Dua negara panas di Asia, China dan Korea Selatan telah menyaksikan jangkitan baharu dan kematian mendatar sejak beberapa minggu lepas – China melaporkan hanya satu sahaja kes domestik baharu buat hari kedua berturut-turut semalam – tetapi jumlah melonjak di seluruh Eropah.

Afrika, dengan sistem penjagaan kesihatannya yang rapuh, turut merekodkan lebih 400 kes, dan Amerika Latin mempunyai lebih 1,100 kes, dan negara dengan penduduk paling ramai di benua itu Brazil mengesah-kan kematian pertamanya kelmarin.

Trump, yang selama berminggu-minggu dituduh tidak memandang krisis itu dengan serius, nampak ber-azam untuk menguasai mesej yang beliau hendak sampaikan, dengan mengumumkan beliau akan melakukan segalanya untuk menentang “musuh yang halimunan”.

“Kita perlu memenangi peperangan ini,” katanya di Rumah Putih, di mana kakitangan dan wartawan kini perlu menjalani pemeriksaan suhu dengan kerap.

Saham AS yang terjejas teruk – dan dianggap oleh Trump sebagai metrik pen-ting bagi kejayaannya menjelang pilihan raya presiden pada November – ditutup lebih tinggi selepas pengumuman rangsangan dibuat.

Trump mengakui Isnin lepas bahawa ekonomi negara mungkin akan mengalami kemelesetan.

Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron turut menyamakan wabak itu dengan peperangan dan mengarahkan hampir seluruh populasi untuk duduk di rumah sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Britain mempertingkatkan langkahnya sendiri selepas nasihat saintifik menyatakan jangkitan dan kematian akan melonjak tanpa tindakan drastik.

Warga negara diminta mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting ke luar negara serta perhimpunan sosial yang besar, dan sekatan lebih ketat dijangkakan dalam masa beberapa hari akan datang.

Jerman melarang perhimpunan di gereja, masjid serta saumaah dan berkata taman permainan dan kedai tidak perlu akan ditutup juga.

Di Ireland, Anthony Whyte, 49, melihat jalan berbatu bundar di Dublin dari sebuah bar dan me-nyamakan suasana dengan “sebuah bandar hantu”.

“Ia umpama hari kiamat,” katanya.

Sambutan Hari Saint Patrick yang biasanya penuh kegembiraan dibatalkan di Dublin, New York dan Boston.

Para pemimpin G7 (kum-pulan tujuh negara maju) telah berikrar untuk “melakukan apa sahaja yang perlu” untuk mencegah peleburan kewangan.

Bagaimanapun setiap sektor daripada pelancongan hingga kepada makanan dan penerbangan terjejas selepas ekonomi global melaksanakan perintah berkurung.

Wabak itu turut merosakkan kalendar sukan antarabangsa. Kejohanan bola sepak Eropah sudah ditunda sehingga tahun depan dan Olimpik Tokyo – yang dijadual bermula pada Julai – berada di awang-awangan, walaupun pegawai Jepun menegaskan acara itu akan diteruskan.

Kejohanan tenis Terbuka Perancis turut ditunda kelmarin. Ia kini dijadual bermula pada September dan bukan Mei.

Syarikat pembuat ubat sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari penawar, dan ia mungkin akan memakan masa lebih setahun sebelum vaksin selamat sedia untuk dipasarkan.

Sementara itu, seorang pe-gawai AS berkata ujian per-tama ke atas manusia bagi vaksin sudah bermula. — AFP

Advertisement