Anda di sini

Idris Elba positif koronavirus, Tom Hanks dibenar pulang

Advertisement
IDRIS ALBA
IDRIS ALBA

PELAKON British Idris Elba adalah selebriti terkini yang didapati positif koronavirus selepas beliau memuatkan satu video di Twitter yang mengatakan bahawa Elba tidak mempunyai sebarang simptom namun harus dikuarantin.

“Ia sangat teruk,” kata pelakon berusia 47 tahun itu dalam satu video, sambil menambah yang beliau melakukan ujian pada Jumaat selepas menyedari bahawa dirinya terdedah daripada seorang yang juga didapati positif.

“Dengar, saya baik-baik sahaja,” kata Elba sebelum memberitahu peminat bahawa “(perkara) ini serius.”

“Kini adalah masa yang sangat sesuai memikirkan mengenai pengasingan sosial, membersihkan tangan anda,” sambungnya lagi. “Terdapat orang di luar sana yang tidak menunjukkan simptom dan itu boleh menyebarkannya dengan sangat mudah.”

“Ketelusan adalah mungkin perkara terbaik pada waktu ini.”

Elba menggalakkan sesiapa sahaja yang sakit mengasingkan diri dan mendapatkan ujian jika boleh, sementara turut menyatakan perpaduan dengan mereka yang lain yang turut menghidap virus itu yang menyebabkan sekurang-kurangnya  175,530   dijangkit, degsn7,007 kemtian diseluruh dunia

Bintang itu turut meghulurkan ucapan takziah kepada mereka mereka yang kehilangan saudara atau mereka yang kerugian dan hilang punca rezeki berikutan penutupan perniagaan di seluruh dunia.

“Kita tinggal dalam dunia yang terpisah pada waktu ini, kita semua dapat merasakannya,” kata Elba. “Tetapi sekarang adalah masa untuk perpaduan. Kini adalah masa untuk berfikir mengenai satu sama lain.”

Elba menyertai rakan pelakon Tom Hanks dan isterinya, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, dalam senarai selebriti yang telah diuji positif untuk virus itu. Pasangan itu kini berada dalam kuarantin di Australia.

TOM HANKS & RITA WILSON
TOM HANKS & RITA WILSON

Dalam perkembangan terkini Tom Hanks telah dibenarkan pulang dari hospital Australia di mana dia diasingkan selepas disahkan positif koronavirus pada minggu lepas, namun isterinya Rita Wilson masih lagi dirawat, kata pegawai kesihatan pada Selasa.

Pelakon pemenang banyak anugerah Oscar itu berada di Gold Coast berdekatan Brisbane bagi penggambaran filem biopik Elvis Presley yang diarahkan oleh pengarah Australia Baz Luhrmann ketika dia dan Wilson, kedua-duanya 63 tahun, disahkan mengidap penyakit itu.

Wilson, yang mempromosikan album baharunya ‘Halfway to Home’, membuat persembahan di sebuah hotel Brisbane pada 5 Mac lalu dan Sydney Opera House pada 7 Mac.

Dia juga muncul dalam satu program TV Australia yang popular dan pengacara serta kru program tersebut kini dalam kuarantin.

Sewaktu lawatan ke bandar raya terbesar di Australia, pasangan itu turut melawat Pantai Bondi. Ia tidak diketahui sama ada mereka sudah dijangkiti virus itu pada ketika itu.

Australia sehingga kini telah mengesahkan hampir 400 kes koronavirus, dengan lima kematian disebabkan penyakit itu.

Pasangan itu telah memuat naik ke media sosial mengenai keadaan terkini mereka, dan mengucapkan terima kasih kepada penjaga mereka di Australia dan menggesa peminat mereka untuk mengikuti nasihat pakar bagi mengelakkan penyakit itu.

Hanks dipercayai pulang ke pangsapuri emper di Gold Coast di mana pasangan itu tinggal sepanjang Hanks bekerja dalam filem Lurhmann, di mana dia membawa watak pengurus lama penyanyi legenda itu, Kolonel Tom Parker. — AFP

Advertisement