Anda di sini

Cederakan anak guna kabel, bapa dipenjara enam bulan

Advertisement

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan anak sulungnya menggunakan kabel pada 12 Mac lalu. 

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad juga mengarahkan agar hukuman penjara bagi Mohd Farid Abdullah, 40, dijalankan pada hari ini. 

Tertuduh didakwa memukul anaknya di seluruh badannya termasuklah di bahagian belakang badan, kepala, dan tangannya menggunakan kabel pada jam 11.30 pagi di rumah mereka di Kampung Kudei Baru, di sini. 

Akibat perbuatan terbabit, mangsa berusia 16 tahun mengalami lebam dan bengkak di seluruh badan. 

Sehari sebelum kejadian juga, tertuduh dikatakan telah menumbuk, menyepak dan memukul anaknya, menggunakan kabel USB di bahagian muka, badan dan kepala. 

Khuatir akan keselamatan anaknya, isteri tertuduh membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 13 Mac. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa dan disabitkan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama. 

Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj mengendalikan pendakwaan. 

 
  • oleh
  • Advertisement