Anda di sini

Box office Amerika Utara catat jumlah kutipan terendah

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 10 Mac 2020 menunjukkan Vin Diesel tiba untuk tayangan perdana filem  ‘Bloodshot’ di panggung Regency Villagedi Westwood, California. — Gambar AFP
FILEM NO.3: Gambar fail bertarikh 10 Mac 2020 menunjukkan Vin Diesel tiba untuk tayangan perdana filem ‘Bloodshot’ di panggung Regency Villagedi Westwood, California. — Gambar AFP

KUTIPAN jualan tiket filem di Amerika Utara menunjukkan hujung minggu terendah dalam dua dekad selepas orang ramai memilih untuk tinggal di rumah dan beberapa pawagam mengehadkan jumlah penonton bagi memastikan pengunjung duduk di tempat-tempat duduk yang hampir kosong berikutan merebaknya koronavirus.

Filem animasi Pixar/Disney, ‘Onward’ kekal di tempat teratas untuk minggu kedua, namun melihat anggaran jualan tiket bagi tempoh Jumaat hingga Ahad jatuh dari AS$39 juta pada minggu lepas kepada hanya AS$10.5 juta, lapor Exhibitor Relations pada Ahad.

Secara keseluruhan, kutipan pecah panggung kelihatan seperti 20 tahun rendah iaitu sekitar AS$55 juta, jumlah yang jauh lebih rendah berbanding dua hujung minggu selepas serangan 9/11 pada tahun 2001, menurut kepada laman sesawang Hollywood Reporter.

Ia memetik seorang eksekutif menganggarkan bahawa 100 daripada 5,000 panggung di Amerika Utara tutup sepenuhnya, dengan yang lain dijangka akan menyusul.

Di tempat kedua pada hujung minggu adalah filem baharu Lionsgate, ‘I Still Believe’, dengan AS$9.5 juta. Barisan pelakon drama romantik ini termasuk penyany country Shania Twain.

Di tempat ketiga adalah sebuah lagi filem baharu iaitu filem Sony, ‘Bloodshot’, sebuah filem adiwira yang dibintangi oleh Vin Diesel dengan kutipan jualan tiket dianggarkan sebanyak AS$9.3 juta.

Filem aksi ngeri Universal, ‘The Invisible Man’ menduduki tempat keempat dengan AS$6 juta.

Ia dibintangi oleh Elisabeth Moss sebagi bekas teman wanita seorang lelaki yang kembali menghantuinya selepas lelaki itu dikatakan membunuh diri.

Dan di tempat kelima adalah sebuah lagi filem baharu, sebuah aksi ngeri Universal berjudul ‘The Hunt’, dengan jualan tiket sebanyak AS$5.3 juta.

Hilary Swank dan Betty Gilpin adalah antara pelakon dalam filem mengenai beberapa orang yang asing antara satu sama lain yang mendapati diri mereka menjadi buruan, sebagai satu permainan, oleh sekumpulan pemburu kaya.

Melengkapkan 10 filem teratas adalah ‘Sonic the Hedgehog’ (AS$2.6 juta), ‘The Way Back’ (AS$2.4 juta), ‘The Call of the Wild’ (AS$2.2 juta), ‘Emma’ (AS$1.4 juta) dan ‘Bad Boys for Life’ (AS$1.1 juta). — AFP