Anda di sini

Kemudahan kondusif kakitangan SEB di Empangan Hidroelektik Bakun

Advertisement
 Fatimah (tengah) menyampaikan beg sekolah kepada anak-anak kakitangan SEB sambil disaksi pengurusan kanan SEB.
SUMBANGAN: Fatimah (tengah) menyampaikan beg sekolah kepada anak-anak kakitangan SEB sambil disaksi pengurusan kanan SEB.
 Pusat penjagaan kanak-kanak Little Power Genius Bakun untuk kakitangan SEB di Empangan Hidroelektrik Bakun.
KEMUDAHAN: Pusat penjagaan kanak-kanak Little Power Genius Bakun untuk kakitangan SEB di Empangan Hidroelektrik Bakun.
Empangan Hidroelektrik Bakun.
Empangan Hidroelektrik Bakun.
 Kemudahan penginapan kondusif untuk kakitangan SEB di Perkampungan Operator Empangan Hidroelektrik Bakun.
PELBAGAI: Pelbagai kemudahan disediakan untuk kakitangan SEB di Empangan Hidroelektik Bakun.
 Kemudahan penginapan kondusif untuk kakitangan SEB di Perkampungan Operator Empangan Hidroelektrik Bakun.
KONDUSIF: Kemudahan penginapan kondusif untuk kakitangan SEB di Perkampungan Operator Empangan Hidroelektrik Bakun.

SARAWAK Energy Berhad (SEB) terus berbakti dan tidak lupa menjaga kebajikan stafnya di Empangan Hidroelektrik Bakun membangunkan dan menyediakan pelbagai kemudahan membantu prestasi dan produktiviti sumber manusia syarikat pembekal tenaga elektrik utama tersebut.

Bukan sahaja tawaran gaji malah menyediakan tempat penginapan serta pelbagai kemudahan lain termasuk pusat penjagaan dan asuhan anak-anak kakitangan di penempatan terpencil itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datu Sharbini Suhaili tidak menafikan kepentingan dan peranan besar dimainkan oleh Empangan Hidroelektrik Bakun menjana 2,400 megawatt (MW) tenaga bagi memenuhi keperluan Sarawak.

Katanya, sebagai sebuah loji kuasa hidro terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, loji ini menyumbang kepada hampir separuh kapasiti penjanaannya.

“Pengambilalihan Bakun dari Kementerian Kewangan pada 2017 memberi kami kelonggaran besar memaksimum dan mengendalikan bekalan elektrik di Sarawak dan meningkatkan kecekapan dalam peruntukan sumber.

“Ia mengembangkan keupayaan kami menyediakan tenaga boleh dipercayai, boleh diperbaharui dan berpatutan memperkuat pertumbuhan Sarawak dan memenuhi keperluan tempatan serta permintaan serantau,” katanya pada pelancaran pusat penjagaan kanak-kanak Little Power Genius Bakun di Perkampungan Operator Empangan Hidroelektrik Bakun milik SEB.

Menurutnya, Sarawak Energy menganggap kakitangan sebagai aset terbesar dan teras cita-cita menjadi kuasa tenaga besar serantau kompetitif peringkat multinasional dan utiliti.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami menjaga kesejahteraan pekerja terutamanya mereka berkhidmat di kawasan terpencil. Untuk memastikan prestasi optimum Bakun kami mempunyai 133 kakitangan ditempatkan di loji kuasa memantau dan mengawal aktiviti penjanaan tenaga,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi mereka bukan tidak dari tempat ini(Bakun) boleh menjadi persekitaran mencabar kerana jauhnya dari kemudahan seperti terdapat di bandar.

Jelasnya, mereka menyedari dan cuba memastikan pekerja di bahagian lain di Sarawak turut menikmati kemudahan sama dengan rakan-rakan sekerja di ibu pejabat.

Menurutnya, menyediakan pekerja di Bakun dengan persekitaran hidup kondusif mereka memulakan beberapa inisiatif pembinaan kuarters kakitangan selesa, medan selera dan pusat penjagaan kanak-kanak ‘Little Power Genius’ merupakan inisiatif bawah bidang fokus utama berprestasi tinggi membantu pekerja mengimbangi keperluan dan peranan mereka sebagai ibu bapa terutama membabitkan ramai tenaga kerja muda.

“Little Power Genius pertama ditubuhkan di Menara Sarawak Energy dan mula beroperasi pada Disember 2018 mampu menampung 29 anak berumur antara tiga bulan hingga empat tahun dan menyediakan penjagaan sekolah kepada kanak-kanak sehingga usia 12 tahun dan penubuhannya amat dialu-alukan oleh ibu bapa pekerja kami,” katanya.

Menurutnya, mereka sangat gembira dengan kemajuan pusat ini menerima maklum balas daripada ibu bapa dan penambahbaikan berterusan dibuat untuk Little Power Genius sebagai tempat terbaik penjagaan kanak-kanak.

Kini, pihaknya memperluas kemudahan itu kepada pekerja di Bakun dari bandar dengan ramai antara mereka kerja mengikut syif dan mengekalkan penjagaan boleh dipercayai untuk kanak-kanak merupakan satu cabaran terutamanya lokasi jauh dari bandar.

Little Power Genius Bakun dapat menampung sehingga 15 kanak-kanak dan mempunyai pengasuh kepada nisbah 1:3 untuk bayi dan 1:5 untuk kanak-kanak serta mempunyai pengendali berpengalaman menguruskan operasinya.

“Ibu bapa muda di sini yakin anak-anak mereka berada dalam keadaan baik semasa mereka bekerja dan mempertimbang menubuhkan kemudahan itu di pejabat-pejabat lain sekiranya ada permintaan,” tambahnya.

Sarawak Energy mahu menjadi majikan pilihan pertama bagi setiap rakyat Sarawak dan menggalakkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam cara menarik, merekrut dan membangunkan kakitangan, cara beroperasi dan saling menghormati satu sama lain terutama melalui nilai teras penghormatan dan perpaduan sebagai tambahan kepada keberanian, integriti dan akauntabiliti.

“Keperluan khusus pelbagai kumpulan akan memastikan pekerja kami mempunyai akses sama kepada peluang pembangunan, termasuk ibu bapa muda dengan peningkatan jumlah tenaga kerja wanita kami seramai 20 orang di Bakun,” ujarnya.

Katanya, Little Power Genius mewakili salah satu usaha untuk menyediakan dengan sistem sokongan betul dan persekitaran kerja kondusif bagi membolehkan pekerja tinggal, mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada program pembangunan diharap menarik bakat muda menyertai berkhidmat di tapak operasi luar bandar seperti Bakun.

Ketenangan kerja untuk kakitangan

Dalam perkembangan berkaitan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan Little Power Genius menunjukkan bagaimana organisasi boleh menggalak, menyedia kemudahan dan ketenangan fikiran untuk ibu bapa muda terutamanya ibu bekerja.

“Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk meningkat dan memperkasakan wanita. Kami meletakkan keutamaan tinggi terhadap inisiatif untuk meningkat dan mengekalkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

“Wanita terutamanya berusia awal tiga puluhan cenderung berhenti kerja bertepatan dengan usia di mana mereka biasanya mempunyai anak. Ini menunjukkan salah satu halangan bagi penyertaan wanita dalam tenaga kerja ialah tanggungjawab isi rumah berkaitan dengan memulakan pembentukan sebuah keluarga,” jelasnya.

Katanya, kebimbangan utama adalah bakat hilang menggalakkan organisasi menyediakan peluang pemberdayaan dan menyokong sistem sokongan tempat kerja sesuai termasuk pengaturan kerja yang fleksibel supaya mereka dapat terus terlibat secara aktif dalam pekerjaan, memajukan kerjaya mereka dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sarawak.

Statistik pengwujudan pusat penjagaan kanak-kanak sehingga 31 Januari 2020

Beliau berkata, terdapat 2,876 Taman Didikan Kanak-kanak(Tadika)dan 239 Taman Asuhan Kanak-kanak(Taska)di Sarawak yang mana dari 239 Taska, 10 adalah Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Di Tempat Kerja atau Taska Tempat Kerja (TTK).

“Sejumlah 13 TTK masih dalam proses pendaftaran termasuk Taska Little Power Genius di Kuching,” katanya sambil menambah pengwujudan pusat itu menyediakan banyak manfaat kepada ibu bapa, kanak-kanak dan syarikat atau majikan.

Menurutnya, TTK menawarkan ibu bapa peluang memenuhi keperluan peribadi anak-anak mereka, pemeriksaan keadaan mereka sepanjang hari dan mengurangkan kebimbangan ibu bapa dalam penjagaan anak mereka sekali gus meningkatkan keupayaan mereka menumpukan perhatian kepada pekerjaan.

“Bagi sesetengah ibu, mudah menyusu bayi mereka. Kami sentiasa menggalakkan ibu menyusu bayi mereka menyediakan nutrisi optimum untuk bayi serta membentuk ikatan lebih kuat antara ibu dan bayi mereka.

“Ia membolehkan ibu bapa menghabiskan waktu terluang makan tengah hari bersama anak mereka, meningkatkan moral pekerja, mengurang ketidakhadiran dan perolehan kerana pekerja sedikit perlu mengambil masa menjaga anak-anak. Ini meningkatkan produktiviti dan memberi manfaat kepada syarikat,” katanya.

Fatimah berkata, Kerajaan Sarawak komited memastikan pembangunan dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak berkualiti di Sarawak.

“Saya gembira kerana pada masa akan datang, prasekolah dalam komuniti di Bakun mendapat kelayakan sama memberi jaminan kepada anak-anak muda bekerja dan mengembangkan kerjaya mereka meraih pendapatan dan memenuhi keperluan pembangunan awal anak-anak muda serta yakin dengan sistem sokongan prihatin ini meningkat kemajuan syarikat,” katanya.

Sarawak Energy mengambil peranan aktif mempromosikan kepelbagaian dan keterangkuman tenaga kerja dengan tumpuan untuk mencapai keseimbangan jantina pada masa depan.

“Ini menyumbang kepada sasaran negara kita mempunyai 30 peratus wanita dalam pekerjaan, kedudukan kepimpinan dan lembaga. Bidang fokus utama kecemerlangan pengurusan bakat dan Rangkaian Wanita Peneraju Sarawak Energy (SELWN), pekerja wanita harus diberi sokongan dan peluang mengambil pekerjaan mencabar dan diberi kuasa dalam kepimpinan contohnya di Bakun,” jelasnya.

Sarawak Energy adalah entiti korporat pertama di Sarawak yang mempunyai kemudahan penjagaan kanak-kanak di lokasi terpencil dan ini adalah satu usaha terpuji menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan tenaga kerja.

Bagi pekerja ditempatkan di pejabat terpencil mencari penjaga menjaga anak-anak sangat mencabar, meskipun mungkin mempunyai ahli keluarga sanggup tinggal bersama menjaga anak-anak di sini, selalunya bukan jangka panjang kerana mereka mungkin perlu balik semula ke rumah mereka.

“Ini memberi kesan kepada ibu bapa muda dengan pilihan yang sangat terhad termasuk untuk hidup secara berasingan daripada anak-anak mereka dihantar kepada keluarga pengasuh tinggal di tempat lain.

“Dengan Little Power Genius, saya positif ibu bapa bekerja di Bakun menghargai kemudahan ini. Mereka mempunyai pilihan menjaga anak dan meneruskan kerjaya dengan ketenangan fikiran. Terutamanya ibu menikmati lebih banyak masa, ikatan dan lebih memudahkan menyusukan bayi mereka,” katanya.

Khusus organisasi ia adalah kelebihan daya saing menarik bakat, mendorong pekerja kembali bekerja selepas cuti bersalin atau bapa sebagai galakan motivasi dan kepuasan.

“Ia keadaan menang-menang untuk semua orang. Tidak ramai syarikat di Sarawak maju. Saya berharap lebih banyak organisasi dan agensi di Sarawak mencontohi usaha ini,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan mengenai bantuan geran diperuntukkan kerajaan membantu Taska di negeri ini iaitu Geran Taska Tempat Kerja (GTTK) bertujuan menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja kementerian atau jabatan atau agensi di bawah Kerajaan Sarawak.

Katanya, peruntukan disediakan adalah sejumlah RM1 juta telah diluluskan pada 2020 untuk GTTK dan setakat ini menerima 10 permohonan daripada pelbagai agensi.

Manakala Geran Tahunan Khas (GTK), memastikan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti di Sarawak bermula tahun 2019 yang mana Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan tahunan sejumlah RM16 juta.

“Setiap institusi pendidikan awal terdahulu seluruh Sarawak menerima RM5,000 menyediakan makanan sihat dan seimbang, menjalankan aktiviti pembelajaran menyeronokkan, menganjurkan aktiviti melibatkan ibu bapa dan menghantar guru-guru untuk program pembangunan profesional.

“Seperti kementerian menyokong dasar kualiti kanak-kanak awal, kami yakin GTK dapat membantu institusi awal kanak-kanak menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada anak-anak muda,” jelasnya.

Pada 2019, sebanyak 91 peratus institusi awal kanak-kanak menggunakan GTK dan pada tahun ini 2 Mac 2020 menerima 2,333 permohonan iaitu 75 peratus.

Selain itu, Sarawak Kids Got Talent (SKGT) atau Sarawak Preschool Kids Got Talent (SPKGT) diwujudkan melahirkan kanak-kanak prasekolah berkualiti dan dua tahun lalu menganjurkan Sarawak Kids Got Talent (SKGT) kini dijenamakan semula sebagai SPKGT.

“SPKGT mencungkil bakat-bakat kalangan kanak-kanak prasekolah dalam pelbagai bidang terutamanya nyanyian, tarian, pengucapan awam, melukis dan bakat istimewa.

“Apabila kita bercakap tentang menghasilkan kanak-kanak yang berkualiti, kita juga perlu mengurus bakat dan potensi mereka. Ini adalah selaras dengan tumpuan ke arah pembangunan holistik kanak-kanak sekali gus berharap mendapat penyertaan dari Sarawak Energy Little Power Genius.

“Kami berharap lebih ramai agensi dapat menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja untuk faedah semua orang,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SEB Power James Ung, Naib Presiden Sarawak Energy (Perkhidmatan Korporat) Siti Aisah Adenan, Naib Presiden (Hydro) Polycarp Wong, pengurusan kanan dan kakitangan Sarawak Energy.

  • oleh
  • Advertisement