Anda di sini

Rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran

Advertisement
 Anggota bomba berusaha memadam kebakaran daripada terus merebak.
KAWAL: Anggota bomba berusaha memadam kebakaran daripada terus merebak.

TAWAU : Sebuah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Jagung, Jalan Merotai, di sini semalam.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam melalui panggilan MERS 999 pada jam 2.11 petang berhubung kejadian tersebut.
 
Sejurus menerima panggilan tersebut, seramai 14 orang anggota bersama sebuah  jentera FRT, Tanker air, jentera EMRS, lori NPR dan Kenderaan Utiliti dari Balai Bomba Tawau yang diketuai oleh Ketua BBP Tawau Zulbada Alior bergerak ke lokasi kejadian.

Pasukan Bomba Sukarelawan Merotai yang berada di lokasi kejadian turut dikerahkan untuk membantu operasi pemadaman. 

Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dengan anggaran keluasan 30 x 50 kaki sudah terbakar hampir keseluruhannya.

Katanya, anggota bomba berjaya mengawal api pada jam 3.35 sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.57 petang.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu. 

"Pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar yang ditanggung mangsa," katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement