Anda di sini

Haji Bairullah, kisah dari Sebatik hingga sekolah di Jepun

Advertisement
 
SEPERTI padi, makin tunduk makin berisi, mungkin begitulah sikap Haji Bairullah yang banyak ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam bidang pertanian. Sejak pulang dari seberang laut, beliau terus memanfaatkan bidang yang dipelajari di Jepun. Walaupun puluhan tahun sudah berlalu, Haji Bairullah, kini seorang usahawan berjaya, tetap memanfaatkan ilmunya. Katanya, meskipun banyak ilmu, kalau tidak diamalkan dan tidak dipergunakan, ilmu itu tidaklah berguna. Ilmu yang tidak diamalkan bagaikan pokok yang tidak be

HAJI Bairullah bin Dumpas  dilahirkan di Kampung Sungai Pukul Sebatik pada 14 Disember 1959. Beliau bersekolah rendah di kampungnya sebelum  melanjutkan pelajaran di GJSS Kuhara Tawau dari tingkatan satu hingga tiga. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Commercial College Tawau Sabah dari tingkatan empat hingga tingkatan lima (1977-1979). Namun beliau tidak sempat menduduki peperiksaan kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Pusat Latihan Koras-Oisca di Keningau.

Beliau menamatkan Kursus Latihan Pertanian anjuran Koperasi Rakyat Sabah Bhd dan Oisca International selama 1 tahun di Pusat Latihan Koras-Oisca Keningau dan berjaya mendapat Sijil Pertanian pada 3 Mac 1982.Selepas itu, beliau berangkat ke Jepun untuk mengikuti  Kursus Latihan Pertanian di OISCA Chubu-Nippon, Nishio-city, Aichi Jepun  1982 hingga  1983.Sebaik tamat kursus, beliau tidak terus pulang ke Sabah sebaliknya berpeluang bekerja di Nitto Fertilizer Chemical Ind Co Ltd. Sekembalinya  ke Sabah, beliau terus bekerja sebagai Pembantu Pemasaran syarikat yang sama selepas syarikat itu mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Haji Bairullah  mendirikan rumah tangga dengan Siti Sahariah binti Kasing pada 17 April 1988 dan dikurniakan lima cahayamata.

Wartawan kanan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN sempat menemubual Haji Bairullah bin Dumpas  pada satu petang selepas Jumaat di salah sebuah premis di Jesselton Point. Dalam interviu singkat itu, Haji Bairullah sempat menyingkap kisah hidupnya dan menceritakan pengalamannya sewaktu belajar di Jepun. Ikuti petikan interviu bersama beliau:

UTUSAN BORNEO:     Boleh ceritakan sedikit mengenai latar belakang tuan haji?
HAJI BAIRULLAH DUMPAS (HBD):    Saya  dilahirkan di Kampung Sungai Pukul Sebatik pada 14 Disember 1959. Kemudian saya bersekolah rendah di kampung sebelum  melanjutkan pelajaran di Government Junior Secondary School (GJSS) Kuhara Tawau dari tingkatan satu hingga tiga. Kemudian saya meneruskan pelajaran di Commercial College Tawau Sabah dari tingkatan empat hingga tingkatan lima (1977-1979). Namun saya tidak sempat menduduki peperiksaan kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Pusat Latihan Koras-Oisca di Keningau.

UB:    Tahun berapa tamat kursus di Keningau?
HBD:    Saya menamatkan  Kursus Latihan Pertanian anjuran Koperasi Rakyat Sabah Bhd dan Oisca International pada 3 Mac 1982. Kursus itu diadakan selama 1 tahun di Pusat Latihan Koras-Oisca Keningau dan kemudian saya berjaya mendapat Sijil Pertanian pada 3 Mac 1982.

UB:    Ke mana selepas itu?
HBD:    Selepas itu, saya berangkat ke Jepun untuk mengikuti  Kursus Latihan Pertanian di OISCA Chubu-Nippon, Nishio-city, Aichi Jepun  1982 hingga  1983.

UB:    Apa hala tuju selepas menamatkan latihan?
HBD:    Sebaik tamat kursus, saya  tidak terus pulang ke Sabah sebaliknya berpeluang bekerja di Nitto Fertilizer Chemical Ind Co Ltd. Sekembalinya  ke Sabah, saya terus bekerja sebagai Pembantu Pemasaran syarikat yang sama selepas syarikat itu mengembangkan sayapnya ke Sabah.

"Saya  dilahirkan di Kampung Sungai Pukul Sebatik pada 14 Disember 1959. Kemudian saya bersekolah rendah di kampung sebelum  melanjutkan pelajaran di Government Junior Secondary School (GJSS) Kuhara Tawau dari tingkatan satu hingga tiga. Kemudian saya meneruskan pelajaran di Commercial College Tawau Sabah dari tingkatan empat hingga tingkatan lima (1977-1979). Namun saya tidak sempat menduduki peperiksaan kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Pusat Latihan Koras-Oisca di Keningau"

UB:    Kerja apa sekarang?
HBD:    Kini saya bekerja sebagai Ahli Perniagaan sepenuh masa.

UB:    Oh ya!, berbalik kepada soalan pertama tadi. Tuan haji anak ke berapa dalam keluarga?
HBD:    Saya anak kelapan dari 12 adik beradik iaitu Waras, Abdul Satal, Umaisahara,Masdirah,Saidah, Saililah, Elenah,Bairullah, Rafeah,Kuraibah, Jaibah dan Othman.

UB:    Saya pernah terdengar nama Dumpas ini. Jika tidak silap nama ladang atau nama tempat, saya sudah lupa. Boleh berikan sedikit pencerahan?
HBD:     Sebenarnya Dumpas ini adalah nama ayah saya. Satu masa dahulu, beliau adalah salah seorang pemimpin kampung yang berpengaruh. Satu hari, beliau pernah ditanya oleh Orang Putih dan kerana tidak ada yang tahu nama tempat itu, orang putih tadi menamakan tempat itu Dumpas, sebagai mengenang jasa Dumpas.

UB:    Mungkin tuan haji tahu kisah hidup ayah tuan haji? Mungkin boleh kongsikan di sini. Mungkin ada manfaatnya satu hari kelak.
HBD:        Nama ayah saya Dumpas bin Mohd Maas, lahir di Kampung Salimpopon Tawau pada tahun 1918. Beliau meninggal dunia pada tahun 1989 di Sungai Pukul Pulau Sebatik Tawau.

"Sebenarnya Dumpas ini adalah nama ayah saya. Satu masa dahulu, beliau adalah salah seorang pemimpin kampung yang berpengaruh. Satu hari, beliau pernah ditanya oleh Orang Putih dan kerana tidak ada yang tahu nama tempat itu, orang putih tadi menamakan tempat itu Dumpas, sebagai mengenang jasa Dumpas."

UB:    Orang Salimpopon rupanya. Khabarnya dulu ada banyak perlombongan di sana?
HBD:     Sungai Salimpopon masa itu adalah kawasan perlombongan arang batu milik perusahan Nissan Mining dari Jepun bersama America Mining. Ayah saya Dumpas bekerja sebagai mengangkut arang batu dari stesen lombong ke Pelabuhan Tanjung Lalalng Sebatik Tawau (sekarang dipanggil Check Point Polis Sebatik Perbatasan Malaysia-Indonesia. Pada tahun 1933 Nissan Mining Corporation dan American Mining ditutup. Beliau Dumpas bekerja sebagai Ketua Transport Jabatan Perhutanan Bahagian Survey Culture pemeliharaan kayu hutan dan penanaman kayu jati di Pulau Timbun Mata Lok Tinialad di Semporna sehingga Perang Dunia Kedua.

UB:    Selepas Perang Dunia Kedua, dimana beliau bekerja?
HBD:    Selepas Perang Dunia Kedua beliau berhijrah ke Tabak Tabak pulau Bumbum Selatan. Beliau Dumpas berhijrah ke Tawau dan bekerja usaha sendiri menggunakan perahu Lepa berkapasiti 10 tan dan pada masa yang sama digunapakai oleh British Bombay Timber Company Ltd untuk mengangkut pekerja dari Pulau Sebatik ke Ulu Sungai Umas-umas.

"Selepas Perang Dunia Kedua beliau berhijrah ke Tabak Tabak pulau Bumbum Selatan. Beliau Dumpas berhijrah ke Tawau dan bekerja usaha sendiri menggunakan perahu Lepa berkapasiti 10 tan dan pada masa yang sama digunapakai oleh British Bombay Timber Company Ltd untuk mengangkut pekerja dari Pulau Sebatik ke Ulu Sungai Umas-umas."

Menurut cerita abang saya, Saililah seperti yang diceritakan ayah kepadanya, Pada Mac 1958, Beliau Dumpas bersama sama pekerja juru ukur konsesi balak menandakan peta kawasan Ulu Sungai Umas-Umas simpang kiri. Apabila orang putih tanya nama tempat itu, tidak ada yang berani tampil. Akhirnya orang putih menamakan tempat itu   dengan nama Dumpas, yang kekal dari dulu hinggalah sekarang.

Apabila Kerajaan Negeri Sabah mengadakan usaha sama dengan North Borneo Timber dinamakan Sabah Softwood, dari ladang kayu tanam semula dan getah dengan keluasan 180,000 hektar. Berbagai blok dinamakan, ada juga mengambil sempena nama Sungai iaitu Sungai Triage Dumpas, itu diambil dari nama Dumpas.Inilah yang dinamakan Ladang Kompas.

UB:    Oh ya.Apakah tuan haji masih ingat nama-nama pelatih yang berangkat ke Jepun pada 1982?
HBD:    Antaranya Asa Lalang (Nabawan), Ceaser Uji (Beaufort) Hasan Singson (Melikai), Jeplin Embun (Tambunan) Laimah Masir (Melikai), Mohd Asri Membuai (Lahad Datu), Michael Laikau (Membakut), Maritus Santing (Bongawan), Sanah Budin, Suati Miod (Kota Belud), Tingkong Junggal (Sinua) dan saya sendiri, Bairullah Dumpas (Tawau)
UB:    Mula-mula sekolah di Jepun dulu, apa perasaan tuan haji ketika tu?
HBD:    Perasaan kami agak gembira juga. Setibanya di sana, kami disambut dengan  amat baik sekali.

UB:    Mungkin ada banyak pengalaman sewaktu di sana?
HBD:    Kami diajar pelbagai ilmu pengetahuan umum, pertanian, bahasa Jepun, penternakan dan  sebagainya. Di sana saya pernah dilantik sebagai Ketua Pelatih  Malaysia dan kemudian Ketua Pelatih Seluruh Asia Tenggara.Pelatih datangnya dari Indonesia,Fiji,Filipina, Bangladesh, Jepun, Malaysia, Nepal, Colombia.Sri Lanka, Indonesia, Tonga, Thailand. Saya juga sempat mewakili  Malaysia dalam Persidangan Belia Asia di Nagoya.

" Banyak kenangan manis ketika berada di negara matahari terbit itu. Antaranya kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah ketika Tun  Dr  Mahathir Mohammed melawat Jepun, kira-kira  pada tahun 1982. Beliau sempat berkunjung ke  Toyota City.. Masa itu kami pelajar Malaysia diarahkan untuk menyambut beliau. Saya menjadi ketua penyambut tetamu. Bersama Tun Dr Mahathir, ialah Tun Abdullah Badawi yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran."

UB:    Berapa tempoh kursus pada masa itu?
HBD: Kursus  latihan itu tempat itu menjadi tempat menjalani latihan selama 24 bulan.Kami akhirnya tamat kursus. Antara bidang yang pelajari ialah pertanian, penternakan, bahasa Jepun dan adat istiadat Jepun.

UB:    Dimana tuan bekerja selepas itu?
HBD:    Saya tidak terus pulang sebaliknya bekerja di Nitto Fertilizer. Semuanya ditanggung oleh kerajaan Jepun. Saya sempat belajar di sana selama satu tahun setengah.

UB:    Mengikut budaya orang di sana, apa yang paling menonjol?
HBD:    Budaya di sana memang berbeza. Budaya di Jepun menghormati ketua, menghormati orang tua, menghargai budaya dan sebagainya.

Budaya Jepun juga sangat mementingkan kebersihan. Saya pernah bersiar-siar di Tokyo. Saya perhatikan semua orang membuang sampahnya di tong sampah. Ini ada satu kesedaran. Paling penting kita juga harus merubah set minda kita. Selama ini kita jalankan kempen kutip sampah sedangkan kita boleh adakan kempen basmi si kutu sampah.

Di Jepun, susah mahu cari sampah sebab orang tidak membuangnya merata-rata.Saya pernah berdiri di belakang rumah, melihat sungai paling besar di Tokyo. Selama berjam jam memerhatikan arus air itu saya tidak pernah nampak sampah.

Mengenai kebersihan, orang Jepun mencuci sampai empat kali. Pertama basuh dengan sabun, kedua bilas kemudian ketiga cuci dengan air panas dan keempat lap dengan tuala.

 Orang Jepun juga disegani kerana integritinya. Pernah satu kali, dompet saya tercicir di Stesen Nagoya. Padahal duit yang ada di tangan, ngam -ngam ongkos tiket keretapi.

Saya juga perhatikan, budaya kerja Jepun yang sentiasa mematuhi masa.
Jika dihitung jumlah penduduk Jepun kira-kira 130 juta. Tetapi tidak ada kesesakan kerana semua orang memiliki disiplin dan  toleransi tinggi.

Budaya Jepun juga menghormati ketua. Semamgat samurai itu turun dari generasi ke generasi. Satu hal lagi ialah mengenai penganut Islam di Jepun.Ramai yang tidak tahu bahawa masjid sudah lama berdiri di Jepun iaitu, sekitar 1939.

KENANGAN MANIS...Haji Bairullah bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad ketika lawatan Tun M ke Jepun 1982.
KENANGAN MANIS...Haji Bairullah bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad ketika lawatan Tun M ke Jepun 1982.

UB:    Apa antara kenangan manis sewaktu di Jepun?
HBD:    Banyak kenangan manis ketika berada di negara matahari terbit itu. Antaranya kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah ketika Tun  Dr  Mahathir Mohammed melawat Jepun, kira-kira  pada tahun 1982. Beliau sempat berkunjung ke  Toyota City.. Masa itu kami pelajar Malaysia diarahkan untuk menyambut beliau. Saya menjadi ketua penyambut tetamu. Bersama Tun Dr Mahathir, ialah Tun Abdullah Badawi yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran.
Kami sempat bersalaman dengan Tun M dan beliau membisikkan kepada saya bahawa kita juga mahu menghasilkan kereta Malaysia. Kita mahu membina kilang kereta kita sendiri. Dan terbukti, kemudian lahirlah Kereta Proton Saga.

Satu lagi kenangan manis apabila saya dipilih mewakili Malaysia untuk Persidangan Belia Asia di Nagoya. Bukan senang menjadi wakil negara dalam persidangan  bertaraf antarabangsa itu..Ini satu pengalaman yang sukar dilupakan.

UB:    Terima kasih banyak kerana sudi diinterviu untuk ruangan Sembang Sabtu Utusan Borneo.
HBD:    Terima kasih kembali.